Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Hokkaido, Let it Snow!

3 min read

Oleh : Neysa Assila

Menjelang sahaja akhir tahun sehinggalah awal tahun baru, rata-rata kita pasti tercari-cari tempat untuk bercuti. Jepun merupakan salah sebuah negara yang menjadi idaman warga Malaysia kerana budaya negara itu yang cukup tersusun, landskap yang menawan, makanan yang sedap serta infrastruktur yang begitu membangun. Kalini aku telah berpeluang untuk meluangkan masa untuk bercuti di Hokkaido.

Hokkaido merupakan pulau kedua yang terbesar di Jepun. Ianya dikelilingi oleh laut yang cantic dan cukup terkenal dengan landskapnya yang cantik terutama sekali pada musim salji. Salji di Hokkaido sering dikategorikan sebagai antara salji yang terbaik di dunia kerana saljinya yang bersih, dan memukau. Kalini, aku bukan sahaja ke Hokkaido untuk bersiar-siar tetapi juga untuk mencuba sendiri pengalaman bermain sukan salji.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hokkaido tidak lagi sukar dengan adanya kapal tebang AirAsia yang terbang terus dari Lapangan Terbang KLIA2 ke Lapangan Terbang New Chitose. Dari atas awan lagi, ana pastis dah teruja ketika mendekati pulau Hokkaido ini kerana mana tidaknya, dari atas awan sana, aku sudah dapat melihat bandar Hokkaido ini dipenuhi warna putih salji yang bersih dan sungguh cantik.

 

Rusutsu

Rusutsu merupakan yang popular dengan tempat untuk bermain sukan salji seperti ski, snow rafting, snowboarding, snowmobile dan lain-lain lagi. Dari New Chitose Airport, aku menaiki bas ke Rusutsu Resort. Dimaklumkan, selain shuttle dari New Chitose, terdapat juga shuttle yang boleh dinaiki dari bandar Sapporo. Menariknya, Rusutsu Resort ini mempunyai pelbagai ruang dan kedai untuk dikunjungi pengunjung seperti kolam air panas, Reindeer Park, kantin, kafe, kedai serbaneka, tempat permainan dan macam-macam lagi. Bagi pengunjung yang datang ke sini untuk sehari dan tidak bermalam, ada boleh membeli tiket bermain ski mengikut kadar jam yang anda mahu.

 

Disebabkan aku tidak pernah bermain ski sebelum ini, aku menyewa pakaian dan peralatan ski di Rusutsu Resort ini. Terdpaat banyak pakej dan standard sehinggalah Premium untuk anda pilih. Penyewa boleh memilih saiz dan warna pakaian mengikut citarasa masing-masing. Selain peralatan ski, pengunjung juga boleh menyewa peralatan untuk sukan lain seperti snowboarding.

 

Otaru

Selain Rusutsu, terdapat sebuah lagi tempat yang cukup menarik di Hokkaido bagi aku iaitu Otaru.Otaru (小樽) adalah sebuah bandar pelabuhan kecil, yang boleh dilawati dengan menaiki keretapi dari Sapporo dan memakan masa kira-kira setengah jam. Deretan bangunan lama di sepanjang sungai yang mengalir ke Laut membuatkan tempat ini sangat idah untuk dilawati terutama sekali ketika matahari terbenam.

 

Aku berkesempatan melihat perarakan penguin di Otaru ini di Otaru Aquarium. Di sini, pengujung boleh melihat binatang yang terdapat di laut sejuk Otaru di dalam Aquarium seperti ikan-ikan laut sejuk, penguin, anjing laut dan sebagainya. Bayaran masuk ke Aquarium ini boleh dikatakan berbaloi kerana tidak seperti aquarium yang lian, pengunjung disini boleh melihat haiwan-haiwan ini bergerak bebas seperti berada di habitat sendiri. Di sini juga, terdapat frris wheel dan pelbagai mainan outdoor lain tetapi ianya ditutup pada musim salji.

 

Sapporo

Tidak sah jika ke Hokkaido tetapi tidak singgah di Sapporo. Sapporo merupakan ibu kota Hokkaido. Bandar ini merupakan salah satu destinasi musim sejuk yang paling sejuk di Jepun. Setiap tahun, terdapat pelbagai festival musim salji diadakan di Hokkaido ini dari December sehingga ke Februari. Aku cukup bertuah kerana semasa aku datang ke sini, terdapat festival cahaya di bandar Sapporo. Cahaya lampu warna-warni dan salji yang putih membuatkan bandar Sapporo sangat cantik dan romantik.

 

Makanan Halal yang boleh dimakan di Hokkaido

Sekka Tei, Rusutsu Resort

Bagi mewujudkan hidangan mesra Muslim, Rusutsu menyediakan hidangan  ayam Halal dan daging lembu yang diperoleh daripada daging yang disahkan Halal. Namun, pengunjung perlu memesan makan di sini lebih awal untuk tujuan penyediaan.

 

Donburi Chaya, Otaru

Aku terjumpa kedai ini secara tidak sengaja di Otaru. Masuk sahaja di restoran ini, aku dpaat melihat ramai pengunjung dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang makan di sini. Donburi Chaya ini meyediakan makanan seratus peratus halal dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, terdapat surau di sini bagi membolehkan pengunjung solat.

 

Gengkhis Khan, Sapporo

Jika sudah bosan makan makanan laut ketika di Jepun, apa kata anda mencuba Gengkhis Khan di Sapporo ini. Ianya merupakan hidangan kambing yang dibakar sendiri Bersama sayuran. Daging kambing yang digunakan adalah halal dan bukan itu sahaja, sos juga hanya menggunakan kandungan yang halal.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *