Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Feel Koplo Bakal Buat Kolaborasi Hebat di Aku, Muzik & Kamu 2.0!

1 min read

Feel Koplo, kumpulan muzik asal Indonesia yang memadukan genre dangdut dengan elemen muzik elektronik, akan menyertai acara Aku, Muzik & Kamu 2.0 di Johor Bahru pada 8 Jun 2024. Dalam satu sesi temu bual dalam talian, Ikhsan, wakil dari Feel Koplo, menerangkan bahawa ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut beraksi di Malaysia, dengan harapan dapat menghibur peminat-peminat tempatan.

“Kami amat bersemangat dengan peluang ini untuk Feel Koplo. Malaysia adalah pasaran yang penting bagi kami, dan kami berharap dapat memberikan penampilan yang berkesan di Aku, Muzik & Kamu 2.0,” ujar Ikhsan dengan keyakinan.

Selain itu, Feel Koplo turut mengumumkan rancangan untuk berkolaborasi dengan band-band tempatan lainnya, tidak hanya terpaku pada lagu-lagu Masdo dan Dato’ Siti Nurhaliza. Kolaborasi dengan Masdo, kumpulan popular dari Malaysia, dipandang sebagai langkah penting dalam memperluaskan impak mereka di rantau ini dan mencipta pengalaman unik bagi peminat muzik tempatan.

Kumpulan ini juga mempunyai impian untuk membawakan karya-karya dari Dato’ Siti Nurhaliza, seorang ikon muzik Malaysia yang mendapat pengiktirafan di Indonesia. Menurut Feel Koplo, lagu-lagu Siti Nurhaliza mempunyai daya tarikan tersendiri dan mereka menghargai bakat serta gaya beliau dalam mencipta muzik yang timeless.

Dengan membawakan lagu-lagu tersebut, Feel Koplo berharap dapat memperkenalkan semula warisan muzik Malaysia kepada peminat-peminat mereka di Indonesia. Dengan persediaan yang teliti dan semangat untuk memberikan penampilan terbaik, Feel Koplo berjanji untuk memberikan aksi yang mengasyikkan di Aku, Muzik & Kamu 2.0.

Mereka bertekad untuk menjadikan acara tersebut sebagai pengalaman yang tidak terlupakan buat semua peminat muzik di Johor Bahru dan seluruh negara.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *