Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

BAZAR RAMADAN BULATAN SULTAN AZLAN SHAH TERPANJANG DI PERAK 

3 min read

default

 
Ipoh : Populariti Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) telah melonjakkan namanya sebagai destinasi kunjungan ramai terutama pada setiap hari minggu. Bersempena dengan bulan Ramadan, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah membuka ruang perniagaan kepada 100 peniaga yang menyajikan aneka jenis kuih muih, lauk pauk dan minuman sebagai pilihan juadah berbuka puasa. Bazar ini beroperasi dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari bermula 12 Mac hingga 9 April 2024.
 
Menurut Nurdita Fadzlinda, Timbalan Ketua Eksekutif (Perhubungan Korporat), “Pada tahun lalu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah melantik syarikat pengurusan acara bagi mengendalikan bazar Ramadan tersebut dan berjaya menarik seramai 50,000 pengunjung.  Bertitik tolak dari kejayaan tahun lalu, pada tahun ini ia dianjurkan sepenuhnya oleh PKNPk melalui Bahagian Aset dan Pentadbiran.  PKNPk telah membuat beberapa penambahbaikan kepada kemudahan bagi memastikan keselesaan kepada para pengunjung di BSAS. Kami juga turut memastikan kebersihan makanan diutamakan dan pemilihan peniaga turut diberi perhatian rapi agar kepelbagaian dan kualiti juadah terjamin.” 
 
“Pihak kami menyediakan ruang yang lebih luas kepada peniaga dengan saiz 10 kaki x 20 kaki dengan kadar sewa antara RM1500 hingga RM2500. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri melalui Perak Sejahtera 2030 bagi memberi peluang dan galakan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk mencari sumber pendapatan dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan  Susun atur bazar pada tahun ini juga lebih selesa untuk para pengunjung khususnya laluan pejalan kaki yang lebih lebar. PKNPk juga memastikan kemudahan parkir mencukupi untuk orang ramai dengan menyediakan parkir tambahan yang terletak bersebelahan Menara A PKNPk dan di kawasan Rumah Tradisional Melayu (RTM). Bagi pengunjung yang meletakkan kenderaan di BSAS, caj RM1 dikenakan pada hari biasa  dan RM2 pada hujung minggu.
 
PKNPk sentiasa memastikan aspek kebersihan di tapak bazar Ramadan berada dalam keadaan baik dan sempurna pada setiap masa. Pihak kami telah melantik syarikat kontraktor bagi mengendalikan kerja-kerja kebersihan dan pengurusan sampah sepanjang bazar Ramadan berlangsung.  Sebanyak 20-unit tong sampah tambahan  ditempatkan di kawasan tumpuan pengunjung terutama di kawasan tapak perkelahan di tengah bulatan.  Kemudahan tandas yang mencukupi dan surau yang selesa turut terdapat di situ. Surau untuk lelaki dan wanita yang dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk mampu memuatkan sekitar 30 orang dalam satu masa”, tambah beliau.
 
Menyentuh mengenai keunikan Bazar Ramadan BSAS, Nurdita berkata, “Tahun ini BSAS mencuri tumpuan sebagai bazar ramadan yang terpanjang di Perak iaitu sejauh 500-meter.  Menu menarik yang terdapat di sini seperti Royal Popiah Kuala Kangsar, Air Tembikai Sarbat, Nasi Ayam Taugeh Las Vegas, Sloopyan Hot Dog, Ayam Goreng Kamiez, Bihun Sup Kedah, Nasi Vanggey  adalah antara juadah yang popular dikalangan pembeli.
 
BSAS juga merupakan lokasi pilihan kepada trend berbuka gaya berkelah dalam kalangan orang ramai setiap tahun. Malah, trend berbuka secara santai ini telah menjadi tular pada tahun lalu. Adalah menjadi harapan kami untuk menganjurkan bazar Ramadan yang mesra pengunjung dan terbesar di Perak suatu hari nanti serta sentiasa memastikan Bulatan Sultan Azlan Shah lebih selesa untuk kegunaan pengunjung.”
 
Sementara itu, turut terdapat di Bulatan Sultan Azlan Shah ialah aktiviti dan permainan seperti paddlersgo-kartdan soopa doopa yang akan beroperasi seperti biasa di sepanjang bulan Ramadan. Bagi penggemar kopi, Bean Here Coffee – jenama kopi keluaran tempatan di bawah kumpulan PKNPk turut beroperasi di BSAS sepanjang bulan Ramadan ini.
 
default

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *