Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SAJIAN BUFET KLASIK “CITARASA Dē ANJUNG KLASIK” DēMOCCIS BOUTIQUE HOTEL KUALA LUMPUR

2 min read

KUALA LUMPUR : DēMOCCIS Boutique Hotel menjadi saksi pembukaan hotel butik pertama dibangunkan oleh MOCCIS Berhad bersempena ulangtahun ke-88 sejak MOCCIS ditubuhkan pada 4 Julai 1934 yang diuruskan dibawah kendalian anak syarikatnya MOCCIS Inn Sdn. Bhd.

DēMOCCIS Boutique Hotel mula beroperasi pada 10 Jun 2022 telah meluaskan keupayaan mereka dalam bidang F&B dengan menyediakan bufet Ramadan kali pertama pada tahun 2023. Walaupun pertama kali menyajikan hidangan bufet Ramadan namun sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan dan penyertaan dari syarikat-syarikat swasta dan Kerajaan amat menggalakkan.

Pada tahun ini, DēMOCCIS Boutique Hotel membawakan kelainan dan keunikan tersendiri dengan menawarkan Sajian Bufet Klasik bertemakan “Citarasa Dē Anjung Klasik” menyajikan 50 juadah istimewa dengan kepelbagaian lauk-pauk, kuih-muih, manisan dan minuman serta kambing golek dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan kami.

DēMOCCIS Boutique Hotel menawarkan pakej harga bufet Ramadan yang ekonomi dan mampu-beli bagi memastikan kesemua golongan masyarakat mampu berbuka puasa bersama keluarga dengan suasana dan sajian makanan setaraf hotel 4 bintang. Sebagai sebuah Koperasi, pihak hotel amat menitikberatkan keupayaan dan kesediaan pelanggan untuk berbelanja bagi pakej-pakej bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel lain di sekitar Kuala Lumpur.

Seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan, rakyat Malaysia dilihat mengamalkan langkah penjimatan dalam berbelanja pada setiap Ramadan, oleh yang demikian pihak kami menyediakan harga yang amat berpatutan untuk dinikmati oleh pelanggan-pelanggan DēMOCCIS Boutique Hotel.

Khusus buat anggota-anggota berdaftar koperasi MOCCIS ditawarkan diskaun sebanyak 10% bagi bufet ramadhan dan diskaun 20% penginapan di DēMOCCIS Boutique Hotel, serta pelbagai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan akan dijalankan oleh pihak hotel.

Pakej Sajian Bufet Klasik berkonsepkan “Citarasa Dē Anjung Klasik” menawarkan:

Promosi Sajian Bufet Klasik bermula 14 Mac 2024 hingga 5 April 2024 Dewasa RM 69.00 bersih Warga Emas/Kanak-Kanak/OKU RM 49.00 bersih

Tempahan Syarikat / Berkumpulan minimum 10 orang
Dewasa RM 69.00 bersih (Percuma 1 Dewasa) Warga Emas/Kanak-Kanak RM 49.00 bersih

(Percuma 1 Warga Emas / Kanak-Kanak)

Ruang Bufet Ramadan Dē Anjung mempunyai kapasiti sehingga 200 orang bagi satu-satu masa, dengan ruang eksklusif di Ledang Skyview Lounge dengan panorama KLCC bagi tempahan khusus untuk majlis persendirian, syarikat swasta atau Kerajaan.

Kepelbagaian juadah sajian berbuka puasa disajikan setiap hari dari 14 Mac 2024 sehingga 5 April 2024

SUMBANGAN FOODBANK RAMADAN SEBAGAI SALAH SATU AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL MASYARAKAT

MOCCIS Berhad turut memperkasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat pada setiap tahun terutama di bulan Ramadan bagi membantu dan meringankan beban golongan asnaf dan fakir miskin. Antara tajaan yang diberikan oleh MOCCIS Berhad adalah sumbangan zakat dan duit raya, tajaan penuh Umrah Ramadan kepada golongan istimewa atau kurang upaya, dan pada Ramadan tahun 2024 ini MOCCIS Berhad memberikan sumbangan Foodbank berupa barang keperluan makanan seperti Beras, Sardin, Minyak Masak, Tepung, Bihun, Gula, Kicap, Teh, Biskut dan Maggie kepada 30 penerima dari Pertubuhan Kelab Inovasi Lestari Hijau mewakili anak-anak asnaf dan ibu tunggal Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Amera Sabrena bt Ahmad Sobri di talian 017 359 5554

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *