Tue. Apr 16th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Dane Cheng Ambil Alih Tugas Pengarah Eksekutif HKTB Baharu

2 min read
Dane Cheng, Pengarah Eksekutif, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB)

KUALA LUMPUR, 7 November 2019 – Pengarah Eksekutif, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang baharu dilantik, Encik Dane Cheng mengambil alih tugas pada 1 November 2019.

Pengerusi HKTB, Dr Pang Yiu-kai berkata, “Saya yakin bahawa pengetahuan luas Encik Cheng tentang Hong Kong, Tanah Besar dan pasaran antarabangsa bersama dengan kemahiran pengurusannya yang cemerlang akan membantu HKTB untuk terus mempromosi Hong Kong di seluruh dunia dengan strategi pemasaran yang berkesan.”

Beliau menambah “Saya sangat gembira kerana Encik Cheng menyertai HKTB pada masa ini ketika industri pelancongan menghadapi cabaran besar. Saya yakin bahawa Encik Cheng akan mengetuai pasukan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi pada masa ini. Di masa akan datang, apabila tiba masa yang sesuai, beliau akan bekerja bersama-sama dengan perdagangan pelancongan dan sektor-sektor lain untuk melancarkan promosi global yang lebih meluas, menarik pengunjung dari setiap benua kembali ke Hong Kong dan membina semula reputasi Hong Kong sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia. “

Menurut Cheng, “Meskipun situasi yang dihadapi oleh industri pelancongan, Hong Kong mempunyai asas yang kukuh dan menawarkan pelbagai pengalaman unik kepada pelancong, yang telah membantu bandar ini melalui pelbagai cabaran dalam mempertahankan statusnya sebagai destinasi bertaraf dunia. Dengan pengalaman saya dalam industri ini, saya berharap dapat mengetuai pasukan kami untuk menghadapi cabaran dan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan dagangan kami untuk mengekalkan status Hong Kong sebagai destinasi pilihan pelancong.

Encik Dane Cheng berpengalaman luas dalam pemasaran dan pengurusan dalam industri pelancongan. Selepas menamatkan pengajian di Universiti China Hong Kong pada tahun 1986, beliau menyertai Cathay Pacific Airways dan memegang jawatan kanan di ibu pejabat serta pelbagai wilayah. Beliau adalah pengarah jualan dan pemasaran yang menyelia perniagaan penumpang di seluruh dunia. Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengetahuan dalam industri penerbangan dan pelancongan. Sebelum menyertai HKTB, beliau adalah pengarah eksekutif Hang Lung Properties yang menyelia penyerahan perkhidmatan kumpulan, termasuk perkhidmatan hartanah, pengalaman pelanggan dan transformasi digital. Encik Cheng akan menerajui pembangunan hala tuju strategik HKTB, memimpin organisasi untuk bertindak balas terhadap trend pelancongan yang baru dengan strategi berkesan, dan mengukuhkan perkongsian dengan pihak berkepentingan yang berbeza. Bekerja rapat dengan Suruhanjaya Pelancongan Kerajaan Hong Kong

SAR dan ahli-ahli sektor dan organisasi berkaitan pelancongan, Encik Cheng akan mengawasi perkembangan dan promosi jenama pelancongan Hong Kong hingga kepada pelawat-pelawat dari seluruh dunia.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *