Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Bandar Tapah & Daerah Batang Padang Kembali Ceria

2 min read

TAPAH, 06 MEI 2021   

Dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 yang berterus ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak Berhad dalam memastikan industri pelancongan domestik terus bernafas dan berjalan terus kehadapan.

Diantaranya adalah dengan merancang beberapa program dan mengujudkan produk pelancongan yang baru bagi bersedia untuk dikunjungi pelancongan dari dalam negeri dan luar negara

Pihak Tourism Perak Bhd dan Majlis Daerah Tapah dengan kerjasama Persatuan Pengusaha pelancongan Bumiputera negeri Perak sedang menyediakan beberapa program dan produk pelancongan baru bagi memastikan kerancakkan aktiviti pelancongan didalam bandar Tapah dan daerah Batang Padang

Diantara perancangan yang telah dibincangkan hari ini yang turut dihadiri oleh YDP MD Tapah, Tuan Haji Muhamad Shahlan Bin Husnin, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Cik Nurmalis Bt Musa dan Yang DiPertua Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Negeri Perak, En Zamari bin Hj Muhyi di pejabat YDP MDTapah adalah:

Mengujudkan sebuah Lorong Seni (Arts Alley) didalam Bandar Tapah.

Sebuah lorong dibahagian deretan belakang kedai didalam bandar Tapah telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai Lorong Seni dengan Lukisan Mural dan ’Arts Installation’ yang dijangka akan siap penghujung Jun 2021 sebagai projek Fasa Pertama

Lorong ini bakal menambah satu lagi produk pelancongan tempatan kepada pengunjung dan pelancongan yang akan singgah di Bandar Tapah pada masa akan datang.

Menganjurkan Bazar Seni Mingguan (Arts Weekend Bazzar) pada hujung minggu pertama setiap bulan bagi memberi peluang untuk anak muda tempatan mempamir dan menjual hasil produk mereka.

Menghasilkan Peta Ria Tapah & Batang Padang (Tapah & Batang Padang Fun Map) dan Brosur Jejak Warisan Tapah (Tapah Heritage Map Brochure) bagi membantu pengunjung yang akan bakal mengunjungi bandar unik dan bersejarah ini yang mendapat namanya  dari sejenis spesis ikan sungai yang terdapat didalam sungai Batang Padang

Mengujudkan Pusat Hentian Kembara Perak (Perak Travellers Point) didalam bandar Tapah bagi memberi kemudahan kepada pengembara yang mengunakan kenderaan seperti Kereta dan Motorsikal dalam mendapatkan informasi produk pelancongan dan seni yang terdapat didalam daerah Batang Padang di Bandar Tapah

Diharap dengan ada nya produk dan program yang telah dan bakal dianjurkan ini nanti akan dapat menghidupkan semula “Renangan Pelancongan Bandar Tapah’ serancaknya renangan Ikan Tapah dan akan dapat memacukan ekonomi komuniti masyarakat tempatan didalam industri pelancongan negara dan bangun semula dari jatuh akibat wabak pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh negara dan dunia

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *