Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Prasarana Malaysia Lancar Kempen Kongsi Rezeki

2 min read

Prasarana Malaysia Berhad baru-baru ini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal-pengamal media. Selain menyantuni para pengamal media yang hadir, Prasarana juga telah melancarkan video khas bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H.

Video yang menyerlah tema kongsi rezeki dan berlatarbelakangkan kepada usaha-usaha syarikat memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam. Jika anda ingat Oyen, kucing yang menjadi ikon kempen media sosial Prasarana telah dijadikan sebagai watak utama dalam video Hari Raya Aidilfitri 1442H.

Video yang dihasilkan sendiri oleh sumber-sumber dalaman syarikat membawa mesej kemasyarakatan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan bersama selaras dengan saranan Kerajaan #kitajagakita khususnya dalam menghadapi kehidupan mencabar akibat penularan wabak Covid-19.

Menggunakan perspektif Oyen terhadap aktiviti-aktiviti sekitar operasi Rapid KL, khidmat staf-stafnya dan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat, video berdurasi tiga minit itu telah dipaparkan untuk tontonan umum pada Majlis Iftar Bersama Media. Turut hadir adalah Pengerusi Kumpulan Prasarana Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Hajjah Norlia Noah.

Video bermula dengan Oyen duduk meniarap di atas mesin tiket dan memerhatikan penumpang memasuki stesen, perjalanan cerita dikembangkan dengan inisiatif Prasarana dan staf-stafnya membantu dan berkongsi rezeki dengan para peniaga, anggota barisan depan dan kucing-kucing di stesen.

Prasarana turut melancarkan Rapid KL Support Lokal di mana pasukan media sosial Prasarana memberi khidmat percuma untuk mempromosikan para peniaga di jajaran perkhidmatan di platform-platform media sosial Rapid KL. Program ini telah membantu lebih 1000 peniaga barangan makanan termasuk peniaga atas talian sehingga berkembang kepada Rapid KL Support Lokal 2.0.

Program penghantaran makanan kepada kakitangan di Hospital Sungai Buloh juga telah diadakan para Januari lepas sebagai menghargai jasa dan bakti petugas-petugas barisan hadapan selain program Singgah Sahur dengan Frontliners turut diadakan di balai-balai polis sekitar Kajang, anggota Bomba sekitar Kuala Lumpur dan staf perubatan Hospital Serdang.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *