Fri. Apr 19th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Nasib Pemandu Bas Pelancong Terbela Menerusi Inisiatif Majlis Pelancongan Malaysia

1 min read

KUALA LUMPUR : Sebagaimana yang kita ketahui , penggiat industri pelancongan amat terkesan dengan pandemik covid 19. Ada yang terpaksa menanggung beban yang berat dan mencari punca rezeki yang lain demi sesuap nasi utk keluarga mereka . Lebih sedih jika penggiat industri ini mengalami penyakit kronik seperti jantung dan buah pinggang.

Justeru , Malaysia Tourism Council ( MTC) telah melancarkan Konsert Amal secara Online bagi mengumpul dana untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .

Menurut Uzaidi Udanis, Presiden Majis Pelancongan Malaysia lebih 20 ribu penonton telah mengikuti konsert tersebut menerusi acara tersebut.

“Kita telah berjaya mengumpul lebih RM30,000 menerusi acara tersebut dan semua sumbangan tersebut akan diagihkan kepada 100 pemandu bas pelancong yang terjejas. Konsert secara online tersebut telah diadakan pada 30 April 2021 menerusi platform Malaysia Virtual Experience yang dibangunkan oleh Malaysia Productiviti Corporation,” jelas Uzaidi Udanis.

Antara artis-artis yang terlibat menjayakan program konsert secara online tersebut ialah Zhuang Xue Zhong, Angeline Teoh dan Chong Sau Lin.

“Antara segmen pekerja yang komited dalam sektor pelancongan ini ada pemandu bas pelancongan. Justeru MTC terpanggil untuk membantu apa yang boleh bagi memastikan pemandu bas ini juga terbela. Jasa dan bakti mereka dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara tidak harus dipinggirkan,” kata Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia.

Link Online Zoom Meeting/Press Conference video recording – https://vimeo.com/546763677

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *