Sun. Mar 7th, 2021

Santai Travel Channel

ASEAN Golf Tournament Di Belitung Indonesia Meriah

2 min read


Indonesia sering menjadi pilihan peminat-peminat golf dari Malaysia. Kebiasaannya Jakarta, Bogor ataupun Batam adalah destinasi percutian golf yang sering dibanjiri ‘golfer’ Malaysia. Namun kini dengan adanya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Belitung oleh AirAsia menjolak nama Belitung sebagai tarikan terbaru destinasi golf. Buat masa kini, hanya ada satu golf resort di Pulau Belitung. Black Rocks Hotel & Golf merupakan padang golf bertaraf antarabangsa di sini. 

Ini merupakan padang golf ketiga yang dimajukan dengan jayanya oleh PT Intra Golflink  Resort selepas menyiapkan New Kuta Golf di Bali dan Palm Hill Golf Club, Bogor. Padang golf 18 lubang ini telah direka oleh Ronald W. Fream dengan keluasan 7225 meter persegi berlatarbelakangkan Pantai Tanjung Tinggi, yang terkenal dengan formasi batuan hitam di persisiran pantainya. Malah Pantai Laskar Pelangi yang terkenal hanya terletak beberapa minit pemanduan dari sini. Signature Hole di sini adalah Hole 15, yang betul-betul terletak di Pantai Tanjung Tinggi.

Bertempat di Balck Rocks Hotel & Golf ini telah berlangsungnya salah satu siri ASEAN Golf Tournament. Pertandingan yang bertemakan Yellow Fabolous Golf Tournament ini telah berjaya menarik 100 orang golfer dari seluruh Indonesia, Malaysia dan Jepun untuk bertanding di sini. Dengan hanya berharga IDR 825,000 untuk setiap peserta, para pemain akan bertanding sesame sendiri. Beberapa kategori seperti The Longest Drive,  Best Net 1, BGO, BNO dan banyak lagi telah dipertandingkan manakala format pertandingan adalah Sistem 36. Pelbagai hadiah turut disediakan seperti wang tunai berjumlah sehingga IDR 7,000,000 untuk cabutan bertuah, voucer penginapan hotel, pakej golf di Kelab Golf ELS di Johor, kereta Toyota Rush dan Datsun Go untuk pemenang Hole in One. 

Pertandingan golf ini disokong oleh Tourism Pahang, Let’s Go Belitong dan Tourism Malaysia. Sekalung penghargaan untuk Bapak Dennie Robin, Pengurus Besar Black Rocks Golf & Resort  dan Bapak Suharyanto Hadinoto yang banyak membantu untuk menjayakan acara ini. 

Oleh : Azli Khairi bin Abdul Hamid (AK)

Terima kasih : Dato Sahariman Hamdan, BUPATI Belitung

Tajaan WiFi : www.travelrecommends.com

Tajaan kamera : Sony Malaysia (Ivy Lee)

Facebooktwitterredditpinterestmail
Facebooktwitteryoutubeinstagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.