Sun. May 5th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

1 min read


PPUTRAJAYA : Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang telah berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September.

Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untukbersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik Tebusan Merdeka Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan
setiap hari.


Bagi pelanggan yang beberlanja lebih dari RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih juga akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada T Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad. Ganjaran ini adalah khusus untuk 350 pelanggan yang berbelanja RM1500 dan ke atas.
Seiring dengan usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisma pada 31 Ogos, 1000 pengunjung pertama bakal menerima sehelai bendera tangan “Jalur Gemilang”.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *