Sun. May 5th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Datum Jelatek Jadi Tarikan Pelancongan Baru

2 min read

Jalinan Kerjasama Bersama MITDA, MalaysiaGazette & Tatih Seni Jayakan Aspirasi Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2023 : Bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara, DatumCorp International, Malaysia International Tourism Development Association (MITDA), Tatih Seni dan MalaysiaGazette akan menjalinkan kerjasama strategik dalam menjayakan aspirasi negara.

Menerusi Memorandum of Collaboration (MOC) pertama bagi mengangkat Datum Jelatek sebagai Hub Pelancongan Seni dan Budaya, DatumCorp International akan bekerjasama dengan MITDA.

Menerusi jalinan kerjasama strategik tersebut Datum Jelatek bakal menjadi Pusat Kecemerlangan Pelancongan (Tourism Center of Excellence) dan salah satu lokasi tarikan pelancongan yang baharu di Lembah Klang.

Selaras dengan hasrat serta aspirasi kerajaan menerusi Dasar Pelancongan Negara dan Dasar Kebudayaan Negara, Datum Jelatek mengambil inisiatif murni merealisasikan produk serta perkhidmatan pelancongan berdaya maju seperti Malaysia Heritage Cultural Palace, Hentian Bas Pelancongan / “Coach Station” Untuk Pakej KL City Tour, lokasi penginapan bagi pelancong berkonsepkan service apartment, lokasi kebudayaan & kraftangan ( Kiosk Kraftangan & tradisional ) , program Malaysia My 2nd Home ( MM2H ) dan lokasi “Hot- Spot” Pelancongan – Infiniti View & Sky Ring View secara berperingkat .

Ironinya, perbezaan budaya dan warisan di tempat asal pelancong sebenarnya mendorong mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam budaya dan warisan tempatan, sama ada dengan pemerhatian atau melalui pengalaman itu sendiri. Menyedari potensi dan keperluan bagi segmen pasaran pelancongan budaya tersebut Datum Corp International mengambil Langkah segera membangunkan Malaysia Heritage Culture Palace iaitu sebuah dewan makan yang menyajikan sajian tempatan asli serta persembahan kebudayaan bagi menceriakan lagi suasana di lokasi tersebut. Produk pelancongan berasaskan seni dan budaya ini secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara yang kaya dengan khazanah seni budaya dan warisan.

Selain itu, keberadaan Datum Jelatek dengan fasiliti yang menarik ini turut membolehkan produk pelancongan baharu diketengahkan bagi memberi manfaat bersama antaranya program KL City Tour Packages, Program VVDJ (Visit & View Datum Jelatek), dan pelbagai produk pelancongan yang sedang dalam peringkat kajian.

Selain itu menerusi MoU kedua antara MalaysiaGazette dan Datumcorp International akan menyaksikan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bermula September 2023.

Menerusi MoU ini, program terbitan MalaysiaGazette iaitu PLATFORM akan bersiaran secara langsung dari Datum Jelatek sebulan sekali.

PLATFORM adalah program TownHall membicarakan isu semasa ekonomi, politik, pendidikan melibatkan tetamu-tetamu kehormat dari pelbagai latar belakang termasuk menteri Kabinet dan penganalisis.

Program berdurasi dua jam ini juga akan dihadiri oleh sehingga 150 penonton.

“MalaysiaGazette amat mengalu-alukan kerjasama strategik dengan Datumcorp International yang pasti akan memberi pendedahan bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama strategik yang dimuktamadkan menerusi MoU ini adalah yang pertama dilaksanakan oleh MalaysiaGazette, oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada Datumcorp International di atas ruang serta peluang keemasan yang terjalin hari ini.” kata Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *