Fri. May 3rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

TERM2023 Semarakkan Seni & Budaya Negara

2 min read

KUALA LUMPUR: Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM’23) Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 16-17 September 2023 bagi mencetus semangat baru dalam menyemarakkan seni dan budaya negara. Program yang berlangsung selama tiga hari itu dianjukan oleh Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mendapat sokongan dan tajaan dari DatumCorp International.

TERM’23 akan diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam . Acara paling utama adalah pertandingan peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan lebih 600 peserta dari seluruh Malaysia untuk menyertai Pertandingan tarian evolusi etnik dan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 10-14 tahun dan 15 tahun ke atas. Acara ini diadakan selama 2 hari iaitu pada jam 8.00 malam hari pertama dan kedua.

Acara istimewa kedua adalah persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum bertajuk ‘Masyhur Malaysia’ dan lagu ‘Malaysia Truly Asia’ menutupi tirai slot persembahan khas yang berdurasi selama 45 minit ini akan dipersembahkan sebagai tontonan umum oleh Artis Budaya Malay World Cultural Paradise (MWCP) Creative Troupe. Persembahan ini dijadualkan dua kali sehari. Setiap jam 3.00 petang selama 45-60 minit manakala sebelah malam acara ini akan menyerikan acara pembukaan, selingan dan penutupan pertandingan TERM’23 peringkat kebangsaan. Masyhur Malaysia turut menampilkan Ratu Etnik Negara, Noraniza Idris.

Acara pengisian festival ini turut diceriakan dengan acara sambutan oleh cilik-cilik dan pelatih Tatihseni Tari yang sedang mempelajari asas kesenian tarian tradisional untk diketengahkan. Acara sambutan ini akan diadakan setiap jam 2.00 petang dan 7.45 malam di lobi Panggung Bandaraya.

Acara ini turut menampilkan tetamu undangan dari Medan Indonesia untuk silang budaya menerusi tarian ‘Joget Serampang 12’ dan Joget Dondang Sayang bersama komuniti. Kumpulan Sanggar Hang Tuah ini akan menjadi artis budaya undangan pada hari Ahad untuk bengkel santai yang dijadualkan pada jam 5.00 petang hingga 7.00 malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Festival ini bertujuan untuk mengangkat semula karya tempatan Irama Malaysia melalui dua pendekatan utama iaitu pertandingan tarian TERM’23 dan persembahan tarian pelbagai kaum Masyhur Malaysia, acara sambutan dan bengkel.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *