Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

AEON BiG SAMBUT SERUAN KERAJAAN LAKSANAKAN PROGRAM RAHMAH

2 min read


Kuala Lumpur, 20 Februari 2023 – AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini
melancarkan Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara.
Majlis pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di AEON BiG Wangsa Maju.
Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan. Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah ini termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain.
Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air
mineral yang berharga RM4.95 sahaja. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam,
Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu
Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak.
Manakala bagi Pakej Rahmah, AEON BiG menyediakan pakej barangan keperluan
harian bernilai RM50 yang akan dijual di seluruh cawangan AEON BiG.
Inisiatif ini merupakan salah satu misi utama AEON BiG bagi menawarkan pilihan
barangan yang bermutu dan bernilai kepada pelanggannya, di samping bersama
menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.
AEON BiG juga menyumbang Bakul Rahmah kepada 180 keluarga daripada kumpulan
B40 dan miskin tegar di 6 negeri terpilih iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor,
Penang, Perak dan Pahang pada hari perasmian.
Menurut Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG “Kami sentiasa
menyokong hasrat Kerajaan di dalam misi membantu golongan yang memerlukan dan
menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini. Kami bersyukur kerana melalui program ini, AEON BiG dapat melaksanakan hasrat Kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian,”

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *