Thu. May 23rd, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kembara Meredah Belantara Dari China Ke Malaysia

2 min read

Konvoi China – ASEAN Overlanding Drive  yang bermula dari Yunan China melalui perjalanan merentasi negara Laos, Combodia, Thailand dan berakhir di Malaysia.  Pasukan konvoi ini seterusnya telah menjalankan ekspedisi memandu di hutan hujan tropika di Selangor dan penutupnya di Ulu Tamu, Selangor. Seramai 17 peserta terlibat menjayakan ekspedisi 4×4 kali ini dengan misi untuk memberi peluang kepada peserta menguji kemahiran dan mental mereka melalui pelbagai rintangan dan ujian.

Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden Malaysia International Tourism Development (MiTDA), program ini juga selaras dengan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi eko pelancongan dan sukan lasak kepada pelancong antarabangsa.

“Terima kasih kepada pasukan Land Rover Defender Club dari China ini kerana memilih Malaysia sebagai antara destinasi konvoi mereka dan ini adalah satu penghormatan kepada negara khususnya dalam menyemarakkan lagi industri pelancongan di rantau Asean.  Ekspedisi ini juga bertujuan memberi peluang kepada peserta menerokai keindahan alam semula jadi dan hutan hijau yang terdapat di  Malaysia. Program ini bukan sahaja dapat mempromosikan destinasi eko pelancongan negara malah dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan antaran China dan Malaysia, “ jelas Dato’ Noorzaleha.

Sepanjang ekspedisi itu juga, peserta berdepan pelbagai rintangan dan ujian seperti laluan belukar, sempit, becak dan sungai kecil yang menuntut kerjasama dan komitmen daripada semua peserta untuk mengharunginya dengan selamat.  Pada masa sama, ia mengajar para peserta menghormati dan mencintai alam semula jadi Ekspedisi ini memberi peluang kepada peserta mengeratkan hubungan sesama sendiri terutama apabila mereka berdepan pelbagai halangan dan ujian.

Majlis perasmian penutup acara ini turut dihadiri oleh Encik Iskandar Mirza, Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia serta beberapa penggiat industri pelancongan  dalam dan luar negara. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *