Sat. Feb 24th, 2024

Santai Travel Media

inspirasi percutianku

TERUS SEMARAK SENI BUDAYA DISELURUH NEGARA

2 min read

23 Februari 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudavaan dan Kesenian Negara (JKKN) hari in mengadakan Majlis Serlahan Seni Budaya JKKN 2023, bertempat di Menara Kuala Lumpur.
Majlis yang disempurnakan ole YBrs. Encik Mohd Yusri bin Mod Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini bertujuan untuk menghebahkan mengenai kalendar program JKKN sepanjang tahun 2023 kepada khalayak umum. Pelbagai program pelancongan budaya dan aktiviti seni budaya pada tahun ini telah disusun bagi merancakkan dan menyemarakkan lagi program seni budaya negara.

Bagi tahun 2023, JKKN menyasarkan sebanyak 197 KPI merangkumi 832 aktiviti dan program seni budaya seluruh negara. Pelaksanaan program adalah berasaskan lima (5) teras program utama iaitu asuhan kemahiran seni, pemuliharaan seni budaya, jangkauan seni budaya (JSB), pengukuhan seni dan budaya seta jaringan kerjasama kebudayaan.

Sebanyak 11 program akan dilaksanakan pada tahun ini merangkumi Pesta Angin Timur, Hibrid (Perlis), Iftar@KL (Kuala Lumpur), Festival Kesenian Rakyat Kelate, (Kelantan), Festival Kota Selatan (Johor), Temasya Budaya Negeri Perak, Festival.

Permainan Malaysia (Kuala Lumpur), Keretapi Sarong (Kuala Lumpur), Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa (FKOAA), Festival Seni Hidup (Kuala Lumpur), Rhythm of Kinabalu (Sabah) dan Festival Gendang Sarawak (Sarawak). Aktiviti dan program yang akan dilaksanakan in secara tidak langsung dapat mendekatkan masyarakat dengan aktiviti seni budaya dalam norma baharu disamping memberi peluang penggiat seni budaya menjana pendapatan.

Dalam majlis tersebut juga, JKKN turut melancarkan Buku Mek Mulung “Bangkitnya Warisan Turn-Temurun / A Heritage Rediscovered. Buku tersebut merupakan penerbitan lung JKKN dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Konservatori Muzik, Kole Pengajian Seni Kreatif dan Penerbit UiTM. Penerbitan dwi-bahasa ini berkaitan seni teater tradisional neger Kedah iaitu Mek Mulung yang meliputi sejarah dan perkembangan kesenian Mek Mulung dari dahulu sehingga kini.
Penerbitan istimewa ini dilengkapkan lagi dengan kandungan Augmented Reality (AR)
dan buku audio dalam versi Bahasa Inggeris serta CD Lagu-lagu Mek Mulung.

Selain itu juga, JKKN terus mengorak langkah memperkasa dan memperkemaskan agenda bersesuaian dengan lonjakan Revolusi Perindustrian 4.0 dengan menyediakan pelan kondusif pembangunan aspek kandungan digital dengan memperkasakan sistem Rangkaian Media Sosial JKKN (saluran JKKN TV, YouTube, Twitter, Facebook, Instagram dan aplikasi Telegram) yang dikenali sebagai MySeniBudaya.

“Seni dan budaya merupakan komponen penting dalam usaha membangun dan memajukan negara. Masyarakat Malaysia yang berbudaya, bersatu dan mengamalkan nilal-nilal murni adalah intipati utama untuk menentukan Malaysia dan rakyatnya mengecapi kesejahteraan hidup,” kata Mohd Yusri bin Mohd Yusoff Ketika sidang media selepas majlis pelancaran tersebut.

“Jalinan kerjasama antara JKKN dengan agensi kerajaan, agensi swasta, pengglat seni, NGO amatlah penting dalam melaksana dan menyemarakkan program seni budaya ini. Terma kasih kepada rakan-rakan media yang selalu membantu dan member sokongan dalam mempromosikan program dan aktiviti JKKN agar dapat diperluaskan kepada masyarakat umum,” tambah beliau.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *