Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

TOURISM SELANGOR MENGHARGAI SUMBANGAN DAN JASA PENGGIAT MEDIA

2 min read

RAWANG – Sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Tourism Selangor menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel pada 1 Ogos 2022 yang lalu. Program tersebut pada majlis makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seramai lebih 180 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program ini yang bermula dari pagi hingga malam pada 1 Ogos 2022 yang lalu.
YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,” Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastikan industri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022 rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”
Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,” Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komanwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.
“Untuk tahun ini, sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilaian diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau.
Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *