December 5, 2022

Santai Travel Channel

1500 Peserta Folding Bike Bakal Berhimpun di Langkawi

1 min read

LANGKAWI : Buat julung kalinya peminat aktiviti basikal lipat atau Folding Bike akan berpeluang berhimpun dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik sempena Langkawi International Folding Bike Challenge (LIFBC) 2022 yang akan diadakan di Langkawi pada 16-18 September 2022.

Menurut Zainudin Kadir, CEO LTA Event Management , acara ini yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Tourism Malaysia dan LADA.

“Kita menjangkakan lebih 1500 orang peserta bakal menyertai acara ini yang melibatkan penyertaan daripada dalam negara dan juga dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa ini membuktikan bahawa aktiviti basikal lipat ini berjaya menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi selepas lebih dua tahun lumpuh akibat pendemik Covid-19,” kata Zainuddin Kadir

Festival tiga hari ini melibatkan aktiviti seperti Fun RIde 30KM , Endurance 65KM, Pameran serta jualan. Hadiah bernilai lebih RM35,000 serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti peserta.

“ Setiap peserta akan mendapat baju jersey eksklusif LIFBC, Pingat LIFBC, Sijil Penyertaan dan goodies bag. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta juga dapat menghayati keindahan destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program ini diadakan seperti di Pantai Cenang dan sekitarnya, “ kata Zainuddin Kadir

Penyertaan masih lagi terbuka dan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi +0195553716 atau 019-2883716.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.