Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Konsert Lagu Rakyat Di Istana Budaya

2 min read

Malaysia kaya dengan lagu-lagu rakyat yang sering dialunkan dan didodoikan nenek moyang kita dari zaman berzaman. Sekiranya lagu-lagu rakyat tidak lagi diperturunkan, ia akan lenyap ditelan arus permodenan.

Maka, Istana Budaya melalui Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) mempersembahkan “Konsert Lagu Rakyat” yang diisikan dengan lagu-lagu rakyat malar segar yang akan dinyanyikan oleh artis-artis ternama tanahair iaitu DatoZainal Abidin, Bunga, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Roslan Madun, Floor 88, Jatt Aziz dan penampilan kumpulan Mah Meri.

Konsert selama sejam setengah ini pasti menjadi tarikan kepada peminat – peminat yang gemarkan ‘sing along’ bersama lagu-lagu nostalgia zaman kanak-kanak. Setiap gubahan lagu disuntik nafas baharu dan segar bagi menarik minat pendengar tanpa mengabaikan ciri-ciri keaslian dan artistik.

OTM telah melakar nama dalam industri muzik tanah air melalui penyampaian lagu- lagu tradisional dengan harapan untuk bersama-sama memupuk dan memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia.

Konduktor dan Pengarah Muzik OTM, En Yazid Zakaria pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan OTM sebagai salah sebuah rujukan subjek lagu-lagu asli dan tradisional kepada anak – anak muda yang berminat dalam genre tersebut.

Beliau mengalu – alukan para pelajar sekolah serta universiti untuk mendapatkan ilham dan pandangan daripada pemuzik OTM kerana dengan adanya interaksi sebegini, pastinya akan tersemai rasa cinta masyarakat terhadap komposisi lagu dan muzik tempatan terutamanya genre tradisional.

Konsert Lagu Rakyat akan dipentaskan selama dua malam bermula 25 hingga 26 Mac 2022, 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket dijual dengan harga RM88.00, RM98.00, RM108.00, RM158.00 dan terdapat 10% diskaun untuk tempahan awal (early bird) bermula dari 28 Februari hingga 11 Mac. Tiket boleh ditempah di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my .

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *