Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

e-Direktori Untuk Promosi & Pemasaran Pelancongan Di Perlis

2 min read

Nexus Produktiviti Pelancongan bantu penggiat industri dalam pemulihan pertumbuhan produktiviti industri pelancongan

Petaling Jaya – Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dengan sokongan penuh dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sedang membangunkan e-direktori bagi produk dan perkhidmatan pelancongan di negeri Perlis. Langkah ini merupakan  persiapan untuk memulakan semula industri pelancongan dalam membantu penggiat industri menjana sumber pendapatan mereka dan memulihkan pertumbuhan produktiviti sektor pelancongan negeri itu.

Semua pemain industri pelancongan yang berpusat atau beroperasi di Perlis digesa untuk menyertai usaha ini dengan mendaftar nama syarikat atau organisasi mereka dalam e-direktori TPN menggunakan https://tpnmatex.com/perlis. Lebih daripada 200 produk dan perkhidmatan pelancongan dijangka akan didaftarkan melalui e-Direktori ini pada akhir Oktober 2021 yang akan dimuatnaik ke platform digital B2B bagi tujuan promosi.

Pengerusi TPN, En. Uzaidi Udanis dalam satu kenyataan mengenai projek tersebut berkata, “Kita mesti menyelamatkan industri, mulai sekarang kita perlu bersama-sama para pemain industri pelancongan untuk menjana semula pendapatan, dan kita mengambil pendekatan satu destinasi pada satu masa. Perlis mempunyai jumlah kes COVID-19 positif terendah, dan tidak lama lagi Langkawi akan dibuka untuk pelancong di bawah pelan gelembung pelancongan. Ini adalah kelebihan untuk industri pelancongan Perlis. Ini juga satu usaha untuk sama melengkapi pelan gelembung pelancongan di Langkawi.”

“Para pelancong yang ke Langkawi melalui Kuala Perlis boleh melancong ke Perlis satu atau dua hari, atau paling tidak setengah hari dalam perjalanan ke Langkawi atau ketika meninggalkan Langkawi. e-Direktori ini akan membantu pengusaha pelancongan dan secara langsung para pelancong untuk memilih tempat yang terbaik untuk dikunjungi, makanan yang paling enak dan aktiviti yang paling sesuai semasa di Perlis. Perlis mempunyai banyak tarikan pelancongan yang belum diterokai. Ketika Langkawi menerima para pelancong, saya berharap e-direktori ini selesai untuk digunakan sepenuhnya untuk lebih mengenali Perlis. ” tambah Uzaidi.

Pembangunan e-direktori ini diharapkan dapat meningkatkan pertumbuhan produktiviti industri pelancongan di Perlis. TPN yang diterajui oleh industri ditubuhkan di bawah Malaysia Productivity Blueprint (MPB) yang tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap produktiviti sektor ini. TPN bekerjasama erat dengan MPC Wilayah Utara dan Kerajaan Negeri Perlis dalam membangun direktori elektronik ini.

Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman, Ketua Pengarah MPC berkata, “Kita perlu melihat ke hadapan dan menyusun rancangan pemulihan untuk benar-benar meningkatkan pertumbuhan produktiviti industri pelancongan. Usaha perlu dilakukan untuk para pemain industri pelancongan boleh menjana semula pendapatan, dan MPC menyokong sepenuhnya setiap usaha yang dapat membantu para pemain industri untuk kembali produktif dalam perniagaan pelancongan mereka. “

“Namun, kita semua perlu ingat, usaha pemulihan harus seimbang dengan kesejahteraan masyarakat. Pematuhan SOP adalah suatu kemestian ketika merancang dan melaksanakan sesuatu program. Semua orang mesti mendapatkan vaksin. Keseimbangan ini amat penting.” Kata Dato ’Abdul Latif.

Pemain industri pelancongan yang berpusat di Perlis boleh melayari https://tpnmatex.com/perlis untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka untuk dimasukkan ke dalam e-direktori.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *