Tue. Apr 30th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Trend Pelancongan Mapan Memperlihatkan Pelancong Lebih Prihatin kepada Isu Alam Sekitar

8 min read

Tinjauan Trend Pelancongan Mapan Agoda menunjukkan keprihatinan utama orang ramai tentang kesan pelancongan terhadap alam sekitar, dan langkah-langkah untuk menjadikan pelancongan lebih mapan

Pilihan yang lebih jelas untuk pelancongan mesra alam, had penggunaan plastik pakai-buang dan insentif kewangan bagi pengusaha penginapan yang memaksimumkan penggunaan tenaga yang efisien merupakan tiga langkah tambahan utama yang diperlukan untuk menjadikan pelancongan  lebih mapan menurut Tinjauan Trend Pelancongan Mapan Agoda. Menetapkan lebih banyak kawasan yang dilindungi untuk menghadkan jumlah pelancong dan menghentikan penggunaan produk bilik mandi pakai-buang turut melengkapkan lima langkah global utama tersebut.

Hasil tinjauan tersebut yang telah dilancarkan pada hari ini bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 (5 Jun) turut mendedahkan bahawa secara global, pelancongan yang berlebihan, dan pencemaran pantai dan jalan air adalah kebimbingan utama mengenai kesan pelancongan ke atas alam sekitar, diikuti dengan penebangan hutan dan pembaziran tenaga (termausk penggunaan elektrik/ air berlebihan) di tempat ketiga.

Kerajaan dianggap sebagai pihak yang mempunyai tanggungjawab terbesar untuk melakukan perubahan bagi menjadikan pelancongan lebih mapan .

Secara global, orang ramai menganggap pihak kerajaan perlu menggalas tanggungjawab yang terbesar untuk melakukan perubahan persekitaran yang positif ke atas sektor pelancongan, diikuti oleh pihak berkuasa  pelancongan dan diri individu sendiri. Responden di Indonesia dan UK berkecenderungan untuk meletakkan tanggungjawab tersebut kepada kerajaan mereka (36%), diikuti oleh negara China pada 33%, dengan Australia dan Malaysia di tempat keempat dan kelima (28% dan 27% masing-masing). Pasaran yang berkecenderungan untuk meletakkan tanggungjawab ke atas  diri sendiri untuk melakukan perubahan bagi pelancongan mapan pula adalah Thailand (30%), Jepun (29%) dan Amerika Syarikat (28%). Sementara itu, China (11%), UK (13%), dan Vietnam (14%) merupakan pasaran yang paling tidak berkecenderungan untuk meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas pihak individu.

Apabila ditanya tentang ikrar mereka untuk memlalukan yang lebih baik dalam senario perjalanan pasca-Covid, maklum balas utama global adalah #1 Menguruskan sisa buangan mereka sendiri termasuk mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang, #2 memadamkan alat penghawa dingin dan lampu apabila mereka keluar dari tempat penginapan, dan #3 sentiasa mencari tempat penginapan yang mesra alam. Menariknya, walaupun pelancongan berlebihan adalah perkara yang menjadi keprihatinan yang utama, mengunjungi destinasi yang kurang dikenali ramai hanya menduduki tempat ketujuh dari senarai 10 ikrar untuk melakukan lebih baik. pelancongan yang lebih mapan.

Tiada langkah sama yang sesuai untuk semua bagi kemapanan  

Amalan-amalan utama yang paling berkait rapat dengan pelancongan mesra alam atau mapan adalah #1 sumber dan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, elektrik hidro dan air, #2 tiada penggunaan plastik pakai-buang, dan bersama di tempat #3  adalah pemuliharaan hidupan liar dan menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah.

Penyelesaian penjimatan tenaga seperti penggunaan kad kunci atau pengesan pergerakan (motion sensors), penggunaan produk pembersih semula jadi adalah amalan-amalan utama yang lain. Menariknya, membeli produk sumber tempatan, penggunaan semula cadar atau tuala semasa tempoh penginapan dan melawat destinasi yang kurang dikenali merupakan tiga amalan yang paling terbawah dalam senarai 10 amalan yang dikaitkan dengan pelancongan mapan.

“Kami dapat melihat daripada Tinjauan Trend Pelancongan Mapan Agoda bahawa mengambil langkah-langkah mudah seperti memadamkan lampu dan alat penghawa dingin apabila keluar dari bilik atau mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang telah menjadi amalan orang ramai di serata dunia.  Satu pemerhatian yang ketara di seluruh dunia adalah walaupun pelancongan mapan harus diterajui oleh pihak kerajaan, ada pengiktirafan bahawa sebahagian tanggungjawab juga harus digalas oleh tingkah laku diri sendiri,” jelas John Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda.

“Walaupun terdapat pelbagai tafsiran yang berbeza tentang amalan yang dikatakan mesra alam atau mapan, kebanyakan orang ramai menunjukkan minat untuk memberi sumbangan mereka, dengan berikrar untuk memilih tempat-tempat penginapan yang mesra alam atau membuat pilihan persekitaran yang lebih bijak semasa perjalanan. Salah satu cara yang paling mudah untuk mengatasi kebimbangan terhadap pelancongan berlebihan adalah untuk mengunjungi tempat-tempat yang kurang dikenali ramai. Dalam tempoh setahun lalu, Agoda telah menyaksikan perubahan dalam corak perjalanan apabila orang ramai mula menerokai tempat-tempat yang kurang dikenali ramai semasa pergerakan mereka dihadkan di dalam negara sahaja. Jika diuruskan dengan baik, ini bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha hotel dan penginapan milik bebas yang pendapatannya bergantung pada ekonomi pelancong, malahan ini juga dapat membantu dalam mengurangkan bebanan ke atas alam sekitar di tempat-tempat yang lebih sesak. 

“Sebagai sebuah industri, kami harus terus mencari cara-cara untuk membantu orang ramai mencapai sasaran ini dengan memudahkan proses pencarian penginapan yang mesra alam di Agoda atau menyokong dan mendorong lebih ramai rakan niaga kami untuk menggunakan kad kunci untuk bekalan elektrik, menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui atau menawarkan pilihan yang mampu mengimbangi jejak karbon di dalam produk percutian yang ditawarkan.” tambah Brown. 

COVID telah membawakan kesan negatif terhadap sikap pelancongan mapan

Peningkatan minat untuk melancong dengan lebih mapan adalah lebih ketara di kalangan responden dari Korea Selatan, India dan Taiwan, 35%, 31% dan 31% masing-masing. Namun begitu, berdasarkan perangkaan secara global, walaupun terdapat 25% responden mempunyai keinginan yang lebih tinggi untuk melancong dengan lebih mapan, ini dibandingkan dengan 35% responden yang keinginanannya untuk melakukannya berkurang.  Pasaran yang melaporkan penurunan yang terbesar adalah Indonesia (56%), Thailand (51%) dan Filipina (50%).

“Ia adalah sesuatu yang menimbulkan rasa khuatir apabila orang ramai melihat pelancongan mapan sebagai sesuatu yang kurang penting hari ini berbanding dengan tempoh sebelum COVID-19, tetapi saya berharap agar ia hanya merupakan satu kesan jangka pendek, yang didorong oleh keinginan orang ramai untuk keluar dan bercuti dalam apa cara yang mereka mampu,” kata John Brown.M

Lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pelancongan berlebihan, diikuti oleh pencemaran pantai dan jalan air, dan penebangan hutan 

Rakyat Malaysia percaya bahawa pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab yang paling besar pada  kadar 27%, diikuti oleh pihak berkuasa pelancongan pada 25%, dan mereka sendiri pada 16% untuk melakukan perubahan bagi menjadikan pelancongan lebih mapan.

Rakyat Malaysia berikrar untuk sentiasa mencari penginapan yang mesra alam, menguruskan sisa buangan sendiri semasa dalam tempoh percutian dan memadamkan alat penghawa dingin dan lampu apabila mereka keluar dari bilik semasa mereka melakukan perjalanan pasca COVID-19 

Pada tanggapan rakyat Malaysia, amalan-amalan yang paling banyak membantu dalam pelancongan mapan adalah #1 pengunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui di tempat penginapan, #2 penggunaan kad kunci untuk bekalan elektrik di tempat penginapan, dan lawatan ke destinasi yang bukan tempat pelancongan berkepadatan tinggi

Apabila ditanya tentang amalan apa yang rakyat Malaysia mengaitkan dengan kemapanan, 40% mempertimbangkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui, diikuti oleh penggunaan tenaga yang efisien 36%, dan rekaan bangunan/ perabot yang mesra alam pada kadar 29%

Menurut pandangan rakyat Malaysia, langkah-langkah tambahan untuk menjadikan pelancongan lebih mapan adalah pilihan pelancongan mesra alam yang jelas, mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang, dan memberikan insentif kewangan kepada pengusaha penginapan yang memaksimukan penggunaan tenaga yang efisien

Menyelami data dengan lebih mendalam 

Tentang langkah-langkah tambahan:

Walaupun bilangan responden yang memilih langkah mewajibkan pelancong untuk membuat bayaran bagi mengimbangi jejak karbon bagi pelancongan lebih mapan adalah paling rendah, responden di India paling bercenderungan untuk menyokong konsep ini berbanding dengan China iaitu pasaran yang paling tidak berkecenderungan untuk melakukannya, diikuti oleh pasaran Amerika Syarikat dan Taiwan

Negara Taiwan, Singapura, Thailand, China dan Australia merupakan pasaran-pasaran yang paling berkecenderungan untuk mencadangkan insentif kewangan bagi pengusaha penginapan yang memaksimukan penggunaan tenaga yang efisien

Negara Jepun adalah pasaran yang paling tidak berkecenderungan untuk menyarankan lebih banyak kawasan dilindungi dalam menghadkan jumlah pelancong , diikuti oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat.  Sementara itu, negara Filipina, Indonesia dan Malaysia merupakan pasaran yang paling berkecenderungan untuk berbuat sedemikian

UK menduduki tempat pertama dalam senarai pasaran yang paling berkecenderungan untuk menyokong usaha menghadkan penggunaan plastik pakai-buang di dalam penerbangan dan penginapan, diikuti dengan rapat oleh Australia, Indonesia, dan Filipina. China, Taiwan, Amerika Syarikat dan Jepun adalah pasaran yang paling tidak berkecenderungan untuk menyokong usaha tersebut

Malaysia, Filipina dan Indonesia adalah pasaran yang paling menyokong pengenalan mudah pilihan pelancongan mapan atau mesra alam, seperti menandakan dengan logo mesra alam di platform percutian digital. Walaupun tanda pengenalan ini adalah langkah yang menduduki tangga pertama pada keseluruhannya, ia mendapat tempat yang terbawah di pasaran Amerika Syarikat dan Jepun

Pemberhentian penggunaan produk bilik mandi pakai-buang adalah paling disukai oleh rakyat Taiwan, Jepun dan UK

Tentang pihak yang bertanggung jawab untuk melakukan perubahan bagi menjadikan pelancongan lebih mapan: 

Semua generasi telah memilih kerajaan sebagai pihak yang mempunyai tanggungjawab terbesar untuk melakukan perubahan bagi pelancongan yang lebih mapan kecuali Silent Gen (mereka yang lahir sebelum tahun 1946), yang sebahagian besar menganggap pihak individu adalah lebih bertanggungjawab

Golongan lelaki mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi sedikit untuk memetik kerajaan sebagai pihak bertanggungjawab (28%), diikuti oleh pihak berkuasa pelancongan (21%) dan diri mereka sendiri (20%).  Sejumlah yang sama dari golongan wanita pula menyatakan  kerajaan dan pihak berkuasa pelancongan mempunyai tanggungjawab terbesar (25%), diikuti oleh diri mereka sendiri, (19%).

Tentang ikrar untuk pelancongan lebih mapan: 

Senarai 10 ikrar global untuk melancong dengan lebih mapan

Menguruskan sisa buangan sendiri semasa dalam tempoh percutian (contoh, mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang)

Memadamkan alat penghawa dingin dan lampu apabila saya keluar dari bilik

Sentiasa mencari tempat penginapan yang mesra alam

Cuba untuk menguruskan jejak karbon saya sendiri (contoh, menggunakan pengangkutan awan seperti bas, keretapi atau bot, atau membuat bayaran untuk mengurangkan jejak karbon)

Menggunakan semula kemudahan hotel seperti tuala atau cadar

Membeli-belah dari perniagaan tempatan/ milik bebas

Melawati destinasi yang kurang terkenal

Mengutip sampah apabila saya pergi ke pantai

Meminta agar produk mandian tidak diberikan kerana saya membawanya sendiri

Menggunakan produk yang mesra batu karang apabila pergi ke pantai

Filipina, Malaysia dan India adalah pasaran yang paling berkecenderungan untuk mencari tempat penginapan yang mesra alam

Singapura, UK dan Australia adalah pasaran yang paling berkecenderungan untuk menggunakan semula kemudahan hotel seperti tuala dan cadar, berbanding dengan Indonesia, Filipina, China dan Thailand yang paling tidak berkecenderungan untuk berbuat sedemikian

Indonesia, Filipina dan Malaysia adalah paling berkecenderungan untuk mengunjungi destinasi-destinasi yang kurang dikenali ramai untuk melancong dengan lebih mapan, manakala Jepun, UK dan Taiwan adalah pasaran yang paling tidak berkecenderungan untuk berbuat demikian

Walaupun menguruskan sisa buangan termasuk pengurangan penggunaan plastik pakai-buang adalah ikrar yang mendapat tempat ketiga teratas bagi semua pasaran, Korea Selatan, Thailand dan Filipina adalah pasaran yang paling berkecenderungan untuk membuat ikrar ini

Walaupun pencemaran jalan air dipetik sebagai perkara kedua utama yang menjadi kebimbingan kesan pelancongan, mengutip sampah di pantai hanya mendapat kedudukan #8 dari senarai 10 ikrar untuk melancong dengan lebih mapan, dengan hanya 18% berikrar untuk berbuat sedemikian

Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan China adalah pasaran utama yang berikrar untuk mengutip sampah apabila mereka berada di pantai.  Responden di Singapura, Taiwan dan Jepun adalah paling tidak berkecenderungan untuk berbuat sedemikian

Membeli barangan tempatan menduduki tempat #6 di dalam senarai ikrar dengan responden di Australia (35%), UK (31%) dan Amerika Syarikat (28%) yang paling berkecenderungan untuk berbuat sedemikian, manakala Jepun (5%), China (9%) dan Taiwan (11%) tidak berkecenderungan untuk berbuat sedemikian

Peratusan adalah lebih tinggi di kalangan wanita yang berikrar untuk menguruskan sisa buang mereka sendiri (44% lawan 40%) dan memadamkan alat penghawa dingin/lampu (44% lawan 36%) berbanding dengan golongan lelaki

Ikrar-ikrar yang menduduki tempat terbawah di dalam senarai global, daripada paling bawah adalah – menggunakan produk mesra batu karang untuk percutian pantai (14%), meminta agar produk mandian tidak diberikan kerana mereka membawanya sendiri  (17%), mengutip sampah apabila berada dipantai (18%) mengunjungi destinasi yang kurang dikenali ramai (19%), dan membeli produk tempatan (21%) 

Walaupun tiga ikrar teratas bagi golongan wanita dan lelaki adalah sama, ikrar di tempat keempat bagi golongan wanita adalah mengguna semula kemudahan hotel, berbanding dengan golongan lelaki yang berikrar untuk melakukan sesuatu yang lebih besar seperti menguruskan jejak karbon di tempat keempat

Memadamkan alat penghawa dingin menduduki tempat kedua bagi semua kumpulan umur, tetapi jumlah mereka di bawah kumpulan umur 18-24, 25-34 and 35-44 (Gen Z dan Millennials) yang berikar untuk berbuat sedemikian adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang berada di dalam kumpulan umur 45+. 

Rakyat Singapura adalah paling berkecenderungan untuk membuat ikrar bagi memadamkan alat penghawa dingin dan lampu apabila mereka keluar daripada bilik, menguruskan sisa buangan termasuk mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang dan menggunakan semula cadar, berbanding dengan pasaran-pasaran lain

Filipina (49%), Malaysia (43%) dan India (42%) adalah pasaran yang paling berkecenderungan untuk mencari tempat penginapan mesra alam untuk percutian pasca-Covid mereka

Sebaliknya, orang ramai di UK (14%), China (17%), Amerika Syarikat (17%), Jepun (18%) dan Korea Selatan (18%) adalah paling tidak berkecenderungan untuk mencari tempat penginapan yang mesra alam sebagai ikrar. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *