Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PENGUSAHA-PENGUSAHA HOTEL TERTEKAN DENGAN ARAHAN BARU KEMENTERIAN

2 min read


Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO), pihak Kerajaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MoTAC) dan semua Agensi Penguatkuasaan termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajib untuk faham dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan dalam memastikan kelancaran Operasi Industri Perhotelan dan Penginapan yang merupakan suatu Industri Perkhidmatan Perlu ketika Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mesej daripada pihak berkuasa mestilah disampaikan dengan berkesan memandangkan pihak kami telah mendapat maklumbalas yang sangat tidak memuaskan daripada Pengusaha- Pengusaha Industri Perhotelan yang telah menghadapi kesukaran apabila diminta untuk menutup operasi oleh pihak pihak penguatkuasaan yang kurang berpengetahuan terhadap maksud maksud didalam Prosedur Operasi Standard (SOP) serta tidak menghormati Surat Kebenaran Operasi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) mahupun Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MoTAC). Pengumuman saat akhir dalam penukaran Kementerian yang mengawal selia dalam memberi kebenaran beroperasi juga telah memberi suatu impak dan respon yang negatif serta telah mengganggu kelancaran operasi Industri Perhotelan serta memberi tekanan kepada Pengusaha- Pengusaha Industri Perhotelan.

Suatu usaha perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MoTAC) dan semua Agensi Penguatkuasaan termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan kelancaran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) dan pihak kami meminta supaya semua Pengusaha- Pengusaha Hotel yang mempunyai masalah berbangkit dengan mana-mana Agensi Penguatkuasaan untuk tidak mengambil mudah dan dengan segera membuat aduan rasmi kepada pucuk pimpinan agensi-agensi berkaitan disamping mengikut Peraturan-peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam menjalankan operasi Perhotelan dan Penginapan bagi membendung penularan wabak Covid-19 tersebut.

Bagi dan atas Pihak
Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA)

DR. SRI GANESH MICHIEL
Timbalan Presiden MYBHA

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *