August 18, 2022

Santai Travel Channel

PERMOHONAN SURAT KEBENARAN BEROPERASI BAGI SEKTOR PERHOTELAN UNTUK TUJUAN KUARANTIN, PENGASINGAN DAN PEKERJAAN PERKHIDMATAN DIBENARKAN SEPANJANG TEMPOH PKP MELALUI PORTAL CIMS 3.0

2 min read


5 Jun 2021 – Sidang Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 4 Jun 2021 telah memutuskan supaya surat kebenaran beroperasi bagi penginapan hotel untuk tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dalam tempoh PKP bermula dari 6 hingga 14 Jun 2021 hendaklah dimohon melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Semua permohonan berkaitan sektor perhotelan bagi tujuan seperti yang dinyatakan akan diproses dan diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui platform CIMS 3.0. Setiap permohonan juga perlu kemukakan salinan SSM terkini dan lesen perniagaan premis penginapan daripada PBT yang masih sah.

Surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan oleh MOTAC sebelum ini hanya sah sehingga 5 Jun 2021 (Sabtu) sebelum jam 12.00 malam. Selepas itu, mulai 6 Jun 2021 (Ahad) semua kebenaran pergerakan akan menggunakan surat kebenaran daripada MITI sahaja.

Justeru itu, semua pengendali hotel yang berkenaan perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi melalui pautan notification.miti.gov.my.

Dengan perkembangan terbaharu ini, pergerakan pekerja bagi sektor perhotelan yang dibenarkan hanya boleh menggunakan:

  1. Surat CIMS 3.0; dan
  2. Surat pengesahan lantikan daripada majikan ATAU pas pekerja.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung surat kebenaran pergerakan bagi sektor perhotelan sila kemukakan emel melalui plncovid19@motac.gov.my.

Bagi pertanyaan berhubung SOP AM PKP di bawah aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan boleh kemukakan emel melalui;

  1. i)  ukc19@motac.gov.my
  2. ii)  Talian Hotline MOTAC: 03-88917189
  3. iii)  Aplikasi Whatsapp: 019-2209965

Pihak MOTAC sentiasa komited dalam membantu melancarkan proses kebenaran beroperasi bagi sektor perhotelan yang dibenarkan. Dalam masa yang sama perlu akur dengan keputusan kerajaan untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, semua rakyat Malaysia diseru untuk bekerjasama dan mematuhi arahan PKP agar usaha kita untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 dengan kadar segera dapat dicapai.

Facebooktwitteryoutubeinstagram
Facebooktwitterredditpinterestmail

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.