Wed. May 1st, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Perbandingan di antara Tablet : Kenapa Huawei MatePad Pro Menjadi Pilihan Editor

5 min read

Tugas sebagai seorang Ketua Editor majalah pelancongan dan gaya hidup cukup mencabar. Saya sering berada di luar pejabat berbanding di dalam pejabat. Dalam masa yang sama, saya juga perlu meneliti segala tugasan anak-anak buah saya malah saya juga perlu mencari jalan untuk menjadikan majalah saya kekal relevan dan berdaya saing dalam era pendigitalan sekarang. Saya perlu memastikan segalanya ‘up to date’ dan sentiasa bekerja walaupun berada di mana jua.

Jika dahulu pen, buku nota dan computer riba adalah sahabat baik saya. Dunia kemudian semakin canggih. Bermulanya era telefon pintar dan juga tablet. Dengan adanya teknologi terbaru ini, cara saya bekerja dan bersosial juga berubah mengikut arus peredaran masa. Sembilan tahun lalu, Apple mengubah dunia dengan melancarkan iPad namun seiring dengan peredaran zaman, jenama-jenama lain juga mengeluarkan tablet masing-masing. Antaranya seperti Huawei dan mereka melangkah maju ke hadapan dengan pelancaran tablet terbaru HUAWEI MatePad Pro.

Dengan adanya HUAWEI MatePad Pro, saya tidak lagi perlu membawa komputer riba ketika bertugas di luar pejabat. Paling saya suka, jika di lapangan terbang, saya tidak lagi perlu mengeluarkan komputer riba dari dalam beg ketika pemeriksaan keselamatan malah tidak lagi membawa pengecas komputer riba yang amat berat. HUAWEI MatePad Pro jauh lebih ringan dengan saiz yang lebih kecil. Ia nyata menjimatkan ruang beg galas saya dan menjadikan ia lebih ringan. Ini menjadikan HUAWEI MatePad Pro terbaru ini rakan baik saya! Inilah sebab-sebab kenapa hidup saya lebih mudah dengan HUAWEI MatePad Pro :

Multi-screen Collaboration

Salah satu ciri terbaik HUAWEI MatePad Pro adalah fungsi kolaborasi pelbagai skrin (multi-screen collaboration), yang mencipta semula cara kita bekerja. Ia merupakan tablet Huawei pertama yang mempunyai fungsi ini dengan menggunakan applikasi Huawei  Share. Dengan ciri ini, saya dapat bekerja dengan lancar di dua peranti, memanfaatkan kekuatan kedua-duanya pada masa yang sama. Perkongsian peranti adalah adalah sesuatu yang menjadi masalah buat iPad Pro dan ini memberikan kesan besar terhadap kecekapan tablet Apple. Kolaborasi pelbagai skrin berjaya digunakan pada MatePad Pro kerana menggunakan EMUI 10 Huawei (yang sama digunakan untuk telefon pintar Mate 30), yang menampilkan teknologi pengagihan. Dengan memanfaatkan teknologi ini, kolaborasi pelbagai skrin dapat memberikan sambungan yang cepat, kerjasama pintar antara peranti dan pemindahan kandungan yang lancar.

Dengan Sambungan Sistem Berperingkat, Anda Hanya Perlu Satu Skrin

Apabila saya menggunakan Multi-screen Collaboration, saya boleh menyambungkan tablet MatePad Pro dengan telefon pintar Huawei menggunakan sistem yang sama. Jadi saya boleh melihat dan menggunakan kedua-dua peranti dalam skrin yang sama. Ada tiga cara yang boleh digunakan untuk menyambungkan kedua-dua peranti iaitu menggunakan fungsi sambungan Bluetooth, NFC atau imbasan kod QR. Sebagai contoh saya boleh menyambungkan tablet dengan papan kekunci magnetik pintar dan sentuh telefon pintar Mate 30 di ikon Huawei Share ()  di atas papan kekunci Shift untuk sambungan segera. Kini saya boleh menggunakan papan kekunci untuk memasukkan teks ke dalam telefon!

Walaupun iPad Pro mempunyai fungsi NFC, anda tidak boleh menggunakannya untuk bersambung antara peranti dan tablet kerana ia terhad menggunakan Apple Pay. Adalah menjadi satu kerugian kerana semua iPhones yang dikeluarkan selepas iPhone 6 mempunyai cip terbina dalam NFC tapi ia tidak boleh digunakan untuk menyambung telefon-telefon ini dengan iPad. Satu-satunya kaedah untuk menyambungkan peranti adalah melalui sambungan Bluetooth.

Kerjasama Lancar Antara Peranti

Apabila menggunakan Multi-screen Collaboration, skrin telefon bimbit akan muncul di skrin HUAWEI MatePad Pro. Saya boleh membuat pemindahan gambar, fail-fail pejabat dan dokumen di antara telefon dan tablet dengan hanya menarik dan meletakkan mereka. Jika saya sedang membuat pembetulan dokumen pada tablet, saya boleh mengambil gambar terus dari telefon dan meletakkannya di dokumen tersebut. Cukup mudah sekali! Multi-screen Collaboration memberikan telefon pintar akses sepenuhnya ke tablet termasuk papan kekunci tablet, layar, mikrofon, pembesar suara dan kamera dan dengan ini meningkatkan kecekapan. Saya boleh menjawab panggilan telefon, menghantar dan menerima mesej di skrin tablet yang memberikan pandangan yang lebih besar. Selain itu, pembesar suara dan mikrofon four-sound track HUAWEI MatePad Pro memberikan pengalaman audio dan video yang mengasyikkan.  Papan Kekunci Magnetik Pintar juga menjadikan tugas memproses kata mudah di tablet, jadi meningkatkan produktiviti saya!

Kandungan di seluruh Platforms

Sebaik Multi-screen Collaboration disediakan, kedua-dua peranti boleh bertukar kandungan dengan lancar. Fungsi ini membolehkan saya meningkatkan produktiviti kerja yang saya lakukan. Segala dokumen boleh dipindahkan dari telefon pintar ke tablet dengan lancar dan dalam masa yang sama saya boleh menyambung dengan kerja di platform yang lain. Jika menggunakan iPad Pro, anda perlu menggunakan emel atau applikasi pihak ketiga to menyimpan dan menghantar dokumen anda, kemudian perlu dimuatturun dan barulah dilakukan pembetulan.

Ternyata HUAWEI MatePad Pro mempunyai banyak kelebihan berbanding iPad Pro untuk urusan kerja pejabat, terima kasih kepada fungsi Multi-screen Collaboration. Selain itu, HUAWEI MatePad Pro juga mempunyai fungsi HUAWEI APP Multipier, Multi-Window dan mod PC, yang mana direka untuk menggunakan sepenuhnya skrin besar tablet dan membawakan pengalaman interaktif yang baharu.

HUAWEI MatePad Pro menyerlahkan bagaimana Huawei memikirkan semula kreativiti. Perkakasan dan perisian HUAWEI MatePad Pro menjadikan ia pilihan lebih bijak untuk bekerja tidak kira di mana jua saya berada.

Jam Pintar Generasi Baru

Selain daripada HUAWEI MatePad Pro, peminat Huawei boleh menambahkan pengalaman mereka dengan memiliki HUAWEI WATCH GT 2e. Direka untuk pengguna Gen Z, jam pintar ini menggabungkan teknologi dengan rekaan yang ‘cool’ yang cukup bergaya.

Jam tangan ini mempunyai fungsi pengesanan untuk pilihan sehingga 100 jenis sukan dan dapat merakam data yang dapat dikongsi seperti waktu latihan, jumlah kalori, kadar degupan jantung, hasil latihan, waktu pemulihan dan lain-lain. Ia juga dilengkapi chipset Kirin A1 yang dihasilkan sendiri oleh Huawei untuk produk yang boleh dipakai yang dapat memberi kuasa sehingga dua minggu. Sarung keluli tahan karat 46mm mempunyai reka bentuk unibody yang disatukan dengan dail. Terdapat empat pilihan warna termasuk Mint Green, Icy White, Graphite Black dan Lava Red.

Terbaik Untuk Anda

Muatturun aplikasi yang betul untuk tablet anda boleh meningkatkan dan memperbaiki pengalaman anda. Pelbagai applikasi menarik yang boleh didapati di Huawei AppGallery. Antara applikasi popular yang terdapat di sini seperti Tiktok, iFlix, WeChat dan banyak lagi. Semua applikasi yang dimuatturun dari HUAWEI AppGallery dilindungi dengan empat lapisan perlindungan untuk memastikan data peribadi anda selamat. HUAWEI Quick Apps pula boleh digunakan melalui AppGallery. Applikasi ini membolehkan anda menyimpan lebih ruang kerana anda tidak perlu memasangnya di tablet untuk digunakan.

HUAWEI AppGallery juga menawarkan kelebihan buat pengguna seperti laluan premium selama tiga bulan di HUAWEI Video, penyimpanan 50GB HUAWEI Cloud Storage untuk 12 bulan dan keistimewaan HUAWEI Member Centre yang akan memberikan anda ganjaran bernilai sehingga RM2381 dari rakan-rakan kongsi seperti Malaysia Airlines, coklat premium Godiva, jenama sukan terkenal Puma dan banyak lagi.

Dapatkan HUAWEI MatePad Pro pada harga RM2898. Anda akan turut menerima HUAWEI M-Pencil (bernilai RM299), Papan Kekunci Magnetik Pintar (bernilai RM499), 50GB HUAWEI Cloud Storage percuma dan penggunaan premium WPS Office selama 3 bulan.

Manakala HUAWEI WATCH GT 2e berharga RM599. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh layari https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *