Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

COVID 19 : Perlu Tindakan Segera Bantu Penggiat Pelancongan

2 min read

rpt

4.7 juta orang yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian sekiranya tindakan segera tidak dilaksanakan bagi membendung kesan daripada wabak Covid 19 yang melanda negara kini. Dianggarkan sekitar 640 ribu syarikat yang mengusahakan produk dan perkhidmatan pelancongan menerima tamparan hebat daripada situasi tersebut.

Menurut  Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis, pihaknya telah dan akan menjalankan inisiatif segera bagi memastikan sektor pelancongan negara terus mampu bertahan.

“Kita telah melakukan pelbagai inisiatif segera bagi membantu penggiat industri pelancongan untuk menghadapi kesan wabak Covid 19 ini. Sebelum ini kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya untuk mencadangkan perlaksanaan beberapa insentif bagi membantu pengusaha pelancongan yang terjejas teruk dengan wabak ini. Alhamdulillah suara kami didengar oleh kerajaan apabila YAB Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan beberapa insentif menerusi Plan Rangsangan Ekonomi Negara,” kata Uzaidi Udanis.

Tidak cukup dengan itu beliau juga menerusi beberapa agensi dan pertubuhan pelancongan seperti Malaysia Productivity Corporation (MPC), Majlis Pelancongan Malaysia, MITA, Persatuan Bajet Hotel Malaysia dan beberapa NGO telah menlaksanakan pelbagai program bagi memastikan sektor pelancongan terus bertahan menghadapi krisis Covid 19.

Antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah MITA e-Travel Fair, Tourism Virtual Summit, Tourism Virtual Advisory Clinic dan beberapa siri LIVE Chat dengan pakar-pakar pelancongan negara bagi mencari solusi yang terbaik dalam mengharungi situasi sukar yang melanda industri pelancongan negara.

“Kita yakin dengan usaha yang berterusan ini kita sedikit sebanyak mampu membantu pengusaha pelancongan untuk terus bertahan dalam sektor pelancongan. Apa yang penting ketika ini adalah kita harus merancang strategi secara kreatif dan efektif dalam menghadapi krisis ketika ini,” tambahnya lagi.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *