Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA MENINGKAT +3.7%

1 min read

PUTRAJAYA, 26 NOVEMBER 2019: Secara keseluruhannya, prestasi industri pelancongan Malaysia dari bulan Januari hingga September 2019 telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Menurut Datuk Mohamadin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia telah meningkat sebanyak +3.7% kepada 20,109,203 pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2019 berbanding 19,386,115 pelancong bagi tempoh yang sama pada tahun 2018.

“Penyumbang ketibaan pelancong tertinggi dalam tempoh tersebut adalah Singapura (7,868,755 orang pelancong), Indonesia (2,792,776), China (2,413,956), Thailand (1,442,224), Brunei (929,789), India (539,167), Korea Selatan (508,080), Vietnam (323,393), Jepun (321,283) dan Filipina (317,294),” jelas beliau dalam sidang media di Putrajaya hari ini. Sementara itu, perbelanjaan pelancong bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM66.14 bilion berbanding dengan RM61.85 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak +6.9%. Penyumbang utama perbelanjaan pelancong adalah dari pasaran Singapura (RM16.3 bilion), China (RM12.8 bilion), Indonesia (RM8.8 bilion), Thailand (RM2.8 bilion) dan India (RM2.5 bilion).

Perbelanjaan per kapita bagi tempoh Januari-September 2019 juga telah meningkat sebanyak 3.1% iaitu dari RM3,190.5 kepada RM3,289.3. Purata Tempoh Tinggal (Average Length of Stay) pula meningkat sebanyak 0.1 malam iaitu dari 7.3 malam kepada 7.4 malam. Pasaran jarak dekat iaitu ASEAN masih mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia dengan syer sebanyak 68.7%.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *