Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MaTEx Tingkatkan Kualiti Sektor Pelancongan

1 min read

Bagi memastikan Visit Malaysia 2020 mencapai kejayaan cemerlang, YB Datuk Mohammadin Ketapi, Minister of Pelancongan, Seni & Budaya telah melancarkan The Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification Programme.

Sebanyak 112 syarikat merangkumi lima kategori iaitu agensi pelancongan, tempat penganjuran acara, pengurusan acara, pengendali produk dan tempat pelancongan, serta penggerak pelancongan lasak.

Majlis pelancaran tersebut telah dimulakan dengan acara MaTEx Meetup dan booth pameran dan maklumat aktiviti pelancongan yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang berjaya diiktiraf oleh MaTEx.

Antara indikator yang menjadi penilaian ialah kebersihan, operasi syarikat, keselamatan dan amalan pengendalian syarikat yang cekap diambil kira untuk menilai syarikat-syarikat pelancongan yang memohon untuk mendapatkan pengiktirafan MaTEx.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *