Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kelainan Batam Menarik Perhatian

3 min read
Harris Resort Waterfront, salah satu tempat yang menawarkan servis urutan di Batam

Mengambil masa hanya 2 jam untuk ke sini menaiki feri dari Puteri Harbour Johor, Batam merupakan destinasi yang wajib dilawati oleh rakyat Malaysia yang menginginkan percutian bajet. Kawasan di Batam mempunyai persekitaran yang agak mirip dengan Malaysia dari segi struktur bandar dan juga cuaca. Namun terdapat banyak perkara yang boleh membezakan Batam dan mana-mana kawasan di Malaysia.

Aktiviti yang wajib dirasai oleh pelancong ke Batam ialah merasai servis urutan di mana-mana resort & spa. Hampir kebanyakan penginapan di Batam menyediakan servis urutan profesional yang berpatutan. Kesemua staff di mana-mana spa di Batam telah dilatih secara profesional dan memberi layanan yang baik kepada semua pengunjung. Kebanyakan spa di sini menggunakan teknik urutan Jepun beserta sesi terapi yang menenangkan. Sudah pastinya pengunjung akan berasa kesakitan di badan hilang serta merta setelah menikmati servis urutan di sini.

Merasai keenakkan masakan siput gonggong juga merupakan perkara yang harus dilakukan pelancong ketika melawati Batam. Siput gonggong merupakan makanan laut yang rasanya seakan-akan kerang tetapi lebih sedap. Hidupan laut ini mendapat nama dari penduduk tempatan kerana ia membekalkan stamina dan pertumbuhan hormon lelaki bagi membantu dalam melakukan persetubuhan bersama pasangan. Makanan laut ini mempunyai caranya tersendiri untuk dimakan iaitu dengan menggunakan pencungkil gigi untuk mencungkil isi siput tersebut keluar daripada cengkerangnya.

 

Gurun Pasir dan Bluelake Pulau Bintan

Bluelake Gurun Pasir Bintan

Beberapa minit perjalanan dari jeti Tanjung Pinang, Gurun Pasir Pulau Bintan ini merupakan kawasan gurun yang terbentang luas dihiasi dengan dua tasik biru jernih yang dipanggil Bluelake oleh orang tempatan. Kawasan ini pada asalnya hanyalah tanah gurun pasir yang kosong yang kemudiannya mendapat perhatian daripada orang ramai selepas orang tempatan mula berswafoto dan menangkap gambar menarik untuk dimuat naik ke laman media sosial. Kini gurun pasir ini dilengkapi dengan jambatan dan hiasan kayu setelah orang kampung menaiktaraf tempat tersebut menjadi sebuah kawasan pelancongan.

Gurun Pasir di sini sangatlah menarik kerana ianya tidak seperti gurun pasir biasa yang mendatar. Sebaliknya gurun pasir ini berbentuk bonggol-bonggol pelbagai saiz dan ketinggian seakan-akan bonggol unta. Di tengah-tengah gurun pasir ini, dua tasik Bluelake semestinya mencuri tumpuan kerana biru turquoise yang mewarnai tasik itu sekaligus memberi seri dan pemandangan yang cantik untuk menangkap gambar yang menarik. Semestinya kawasan ini merupakan kawasan yang Insta-worthy untuk berswafoto dan ber-instagram

 

Taman Pemancingan Poyotomo

Tidak jauh dari Gurun Pasir dan Bluelake Pulau Bintan, Taman Pemancingan Poyotomo bukan hanya menjadi tumpuan pemancing malah menjadi kawasan tumpuan pelancong. Kawasan ini mempunyai tasik untuk memancing ikan yang dilengkapi dengan landskap bunga-bungaan dan gunung-ganang. Rupa kawasan memancing ini ialah seakan-akan taman untuk seisi keluarga bergembira dan menangkap gambar yang menarik di bunga-bunga dan pondok-pondok kayu di situ.

Pemancing ikan semestinya menyukai taman ini kerana dapat memancing di tasik yang tenang dan dihiasi landskap yang cantik untuk dinikmati sambil-sambil memancing. Namun pemancing perlu membawa alat memancing mereka sendiri kerana pihak taman pemancingan ini tidak menyediakan joran dan alatan memancing.

 

Restoran Sego Pecel

Berdekatan Pasar Mega Lagenda Batam, Sego Pecel merupakan restoran yang menggunakan menu berkonsepkan tradisi Jawa berserta resepi keluarga, Sego Pecel menghidangkan makanan Jawa dimana kebanyakan makanannya berasaskan sayur-sayuran dan menyihatkan. Menurut pemilik restoran tersebut, resepi mereka telah diturunkan secara turun temurun selama 65 tahun.

Kesemua hidangan mereka dihidangkan diatas sehelai daun pisang yang kemudiannya boleh ditambah nasi, bersama sayur-sayuran dan lauk pauk pilihan pelanggan. Pengunjung juga boleh menikmati minuman kencur beras yang disyorkan oleh pemilik restoran tersebut sebagai minuman yang wajib dicuba di restoran mereka.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *