Wed. Apr 17th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

7 Sebab Kenapa Anda Harus Pilih Casa Del Mar

2 min read


Saat berlibur di Pulau Langkawi, mencari tempat penginapan bukan suatu masalah. Terdapat banyak hotel atau resort yang boleh dipilih. Namun jika anda ingin bermalam di Pantai Cenang tetapi inginkan sedikit privasi, Casa Del Mar Langkawi merupakan hotel yang palling ideal buat anda.

Pantai Cenang merupakan kawasan penginapan yang paling popular di Pulau Langkawi. Kawasan ini umpama Pantai Patong di Phuket yang sering menerima kehadiran tetamu yang tinggi. Sepanjang jalan Pantai Cenang terdapat deretan hotel dan motel namun Casa Del Mar yang terletak berhadapan dengan Laman Padi cukup menarik perhatian. Hotel yang berkonsepkan Mediterranean ini pasti menjanjikan pengalaman yang cukup mengasyikkan.

  1. Casa Del Mar merupakan sebuah hotel butik yang menawarkan servis peribadi  (personalized service).

2. Jikalau anda inginkan percutian yang penuh privasi, Casa Del Mar adalah pilihan yang tepat.

3. Casa Del Mar yang berkonsepkan Mediterranean ala bangunan-bangunan yang ada di pesisir pantai selatan Eropah ini memiliki ciri-ciri khas rekaan yang tidak kaku, berwarna-warni, memiliki dinding bertekstur dan di dominasi perabot bergaya rustic.

4. Inspirasi senibina Mediterranean yang natural, hidup, dan sejuk datang dari suasana laut, bunga-bunga, dan landskap alam indah  yang menjadi ciri khas negara-negara di Eropa Selatan pasti membuatkan anda jatuh cinta sebaik menjejakkan kaki di sini.

5. Bangun pagi dengan deruan ombak dan pemandangan Laut Andaman yang terbentang luas di Casa Beachfront Studio Suite. Bilik ini hanya dikhaskan untuk dua tetamu sahaja.

6. Nikmati pemandangan matahari terbenam dari bilik atau sambil menikmati minuman di restoran atau pool bar.

7. Jemu mandi laut, anda boleh terjun di kolam renang atau berendam dalam kolam jakuzi yang disediakan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *