Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

MyBHA Rayu Pertimbangkan Kadar Harga Penempatan Pekerja di Hotel

2 min read
Emmy Suraya Hussien

KUALA LUMPUR :  Persatuan Bajet Hotel Malaysia (MyBHA) menyambut baik inisiatif  Kerajaan dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam melaksanakan penempatan semula pekerja-pekerja asing di hotel.
Menurut Presiden MyBHA, Hajah Emmy Suraya Hussien inisiatif berkenaan boleh mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pengusaha hotel sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
“ Inisiatif ini alternatif terbaik pada masa ini untuk membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel yang terjejas akibat COVID-19.Semasa PKP 01 hinggalah PKP 02 di laksanakan banyak hotel terkesan teruk kerana tidak dapat beroperasi . Setakat ini sebanyak 33% dari 2300 hotels bajet seluruh Malaysia telah tutup sementara dan ada yang ditutup terus berikutan tiada sebarang pendapatan,” kata Emmy Suraya.

Walau bagaimanapun kadar harga RM6 yang dicadangkan oleh pihak JTKSM ketika ini untuk melaksanakan inisiatif penempatan sementara pekerja disifatkan sebagai terlalu rendah. Pengusaha hotel perlu menanggung kos operasi yang tinggi termasuk bayaran bil elektrik.

“Kalau kita tempatkan pekerja dengan RM6 satu biik tidak berbaloi. Jadi, kita kena letak empat atau enam orang dalam satu bilik tertakluk kepada saiz bilik. Maka, kena mengeluarkan kos untuk menyediakan katil bertingkat.  Jika harga terlalu rendah ia nya seperti tekanan kepada pengusaha hotel. Untuk itu kita merayu agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula kadar harga bagi bilik tersebut agar ia tidak membebankan pihak pegusaha hotel untuk menanggung kos-kos operasi hotel tersebut,” katanya. 

Setakat ini, dianggarkan 3,000 hingga 4,000 pengusaha hotel berdaftar di bawah MOTAC.

Menerusi inisiatif ini MOTAC bekerjasama dengan JTKSM melaksanakan penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446). Dan seramai 10,000+ pekerja di beri cuti tanpa gaji, di berhentikan dan ada Yg berhenti secara sukarela.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *