Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

5 Destinasi Menarik Di Sepang, Selangor

3 min read

Oleh Aqilah Nazam

Sepang, Selangor adalah salah satu tempat yang penting kerana ia mempunyai pelbagai fasilitis awam seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Tapi tahukah anda semasa kita ke sana ke mari di daerah Sepang ini, di manakah tempat percutian yang menarik dan boleh untuk kita beristirahat, membeli-belah, serta restoran makanan yang enak. Jadi, ini antara destinasi yang boleh anda mengunjung:

 

Movenpick Hotel

Bahagian Lounge Hotel Movenpick

Hotel ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Antaranya hotel ini bercirikan rekaan Islamik dan hanya terletak 10 minit dari KLIA dan KLIA 2. Bagi yang ingin mengunjungi ke Selangor mahupun Putrajaya tidak perlu berpenat lelah untuk mencari hotel yang lain. Selain itu, Movenpick Hotel & Convention Centre ini menyediakan pelbagai fasilitis untuk kemudahan tetamu di sini. Antaranya, kolam mandi yang berasingan bagi lelaki dan wanita, gymnasium, dan lima restoran yang menyediakan pelbagai juadah masakan citarasa Malaysia serta spa. Di sini juga, mempunyai dewan konvensyen yang mampu menampung seramai 2,500 pengunjung dalam sesuatu majlis.

 

Sepang International Circuit

Kawasan Litar Sepang

Sepang International Circuit (SIC) adalah lambang kebanggaan rakyat Malaysia untuk sukan permotoran. SIC terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1998, dan telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara permotoran berprestij seperti Formula 1, MotoGP dan Malaysian Championship Series.

Di SIC, anda boleh menyewa trek bagi tujuan perlumbaan dengan harga individu yang ditetapkan oleh SIC. Malah, ianya bukan sahaja menjadi lokasi penganjuran sukan motor taraf antarabangsa tetapi ia turut menganjurkan pelbagai acara lain di peringkat domestik.

 

Muzium Automobil Malaysia

Antara kereta klasik yang dipamerkan

Muzium Automobil Nasional diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat untuk memaparkan perkembangan sejarah sistem pengangkutan dan industri automatif nasional serta kejayaan negara ini menerokai industri berkenaan. Muzium ini terletak di bangunan Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang yang telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2004.

Muzium Automobil Malaysia ini mempunyai ruang pameran dua tingkat. Ia mempamerkan 21 buah model kenderaan klasik dan tempatan yang pernah digunakan di negara ini suatu masa dahulu. Model kenderaan yang di pamerkan termasuklah enam koleksi kereta klasik dan vintaj seperti MGTD, Alvis Tourer, Jaguar D-Type, Austin Healy 3000, Ford Speedster dan Brushmobile yang merupakan kereta tertua dan termahal dipamerkan di galeri ini. Antara model kenderaan keluaran tempatan dan antarabangsa lain yang dipamerkan termasuklah Proton, Perodua, DRB-HICOM, Modenas dan Bufori.

Masuk adalah percuma dan dibuka dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

 

Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang

Queenie Chia, salah seorang penyelenggara restoran ini

Di ladang buah naga ini, terdapat beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga, dan mashed potato with dragon fruit sauce. Malah, di sini juga terdapat menu utama iaitu Roti King Kong ataupun dikenali sebagai Jumbo Bun. Yang istimewanya tentang roti ini adalah di dalam roti itu terdapat kari ayam yang untuk dicicah bersama. Mereka juga mempunyai menu lain seperti Carbonara Spaghetti, Roti King Butter, dan Caesar Salad with Dragon fruit sauce.

Roti King Kong atau Jumbo Bun

Di Malaysia terdapat lokasi lain bagi penanaman buah naga tetapi di Sepang ini adalah antara yang terbaik kerana tanah di sini kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga. Selain itu, buah naga juga boleh dibawa pulang dengan harga yang sangat berpatutan. Cara untuk memilih buah naga adalah mengambil buah yang telah dipetik seminggu kerana isinya lebih manis berbanding dengan yang baharu dipetik.

 

Mitsui Outlet Park

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP) ialah outlet yang pertama dari Japan di Southeast Asia. MOP adalah lokasi membeli belah barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Di sini terdapat pelbagai kedai membeli belah seperti Nike, DAPHNE, Isetan Outlet Store, dan masakan Malaysia hingga ke luar negara seperti China, Thailand dan barat.

Di Mitsui Outlet Park ada juga menyediakan flight check-in centre. Di situ terdapat Flight Information Display System (FIDS), website check-in service, free baggage storage service, flight check-in kiosk, money changer dan luggage wrapping service. MOP ada menyediakan free shuttle bus services dari KLIA & KLIA 2 ke MOP pergi dan balik.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *