Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

World Quran Hour Sebagai Program Pelancongan Ibadah

1 min read

Penganjuran program World Quran Hour dilihat berpotensi dalam menjadi satu produk pelancongan ibadah.
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis menyatakan sokongan pihaknya terhadap penganjuran program tersebut dan berharap agar program tersebut dapat dinobatkan sebagai antara produk program pelancongan ibadah pada masa akan datang.
“Saya berpandangan bahawa World Quran Hour yang diadakan secara serentak diseluruh dunia pada setiap tahun ini mempunyai potensi yang besar untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan ibadah terkemuka di dunia,” kata Uzaidi.
Bagi memastikan program World Quran Hour terus mendapat perhatian dan sokongan seluruh masyarakat dunia, sektor pelancongan perlu dilibatkan secara menyeluruh. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, Majlis Pelancongan Malaysia berharap agar pihak Kerajaan dapat menjadikan program World Quran Hour sebagai antara acara rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Saya percaya dengan menjadikan World Quran Hour ini sebagai acara yang mengisi kalender Tahun Melawat Malaysia 2020, kita berupaya mempromosikan program pelancongan ibadah sekali gus menarik lebih ramai lagi pelancong Muslim ke negara ini,”tambahnya lagi.
Tambahnya lagi semua pihak khususnya penggiat industri pelancongan dapat menyokong penganjuran World Quran Hour ini sekali gus menterjemahkan Malaysia sebagai
sebuah destinasi pelancongan Mesra Muslim terkemuka dunia.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *