Mon. Apr 29th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tourism Selangor Lancar Pertandingan Pitching dengan Geran Projek bernilai RM 150,000

1 min read

 

SELANGOR, 1 JUN 2023 — Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan rasmi, Tourism Selangor, telah melancarkan Pertandingan Pitching Tourism Selangor buat kali ketiga dengan tema “Pelancongan Mampan”. Tempoh penyerahan kertas kerja adalah dari 1 Jun 2023 hingga 2 Julai 2023 dan 15 pemenang akan berpeluang untuk membawa pulang Geran Projek bernilai RM 150,000.

Pertandingan Pitching Tourism Selangor telah berlangsung dengan jayanya tahun lalu dengan sepuluh pemenang diberikan geran projek sebanyak RM 100,000, bertemakan Pelancongan dan Industri Kreatif yang memfokuskan kepada Warisan, Seni, Media dan Reka Bentuk dengan matlamat menjadikan negeri Selangor sebagai hab industri kreatif.

Pertandingan Pitching Tourism Selangor tahun ini akan memberi tumpuan kepada 17 Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk kesaksamaan jantina, pertumbuhan ekonomi, tindakan iklim, bandar dan masyarakat mampan, pendidikan berkualiti, dan lain-lain. Idea bagi merancakkan industri pelancongan Selangor juga hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris, dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad, dalam satu kenyataan berkata, Pertandingan Pitching Tourism Selangor tahun ini akan memberi peluang kepada pemain industri pelancongan, Badan Bukan Kerajaan, Hos Komuniti Setempat, institusi pengajian tinggi dan lain-lain untuk menggiatkan semula pelancongan domestik negeri Selangor secara mampan dan memimpin industri pelancongan negara.

Pertandingan ini terbuka kepada dua kategori yang terdiri daripada penyertaan individu dan berkumpulan tanpa melebihi empat orang setiap kumpulan, dengan projek dirancang dan akan dilaksanakan di negeri Selangor sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari Selangor.Travel atau e-mel industrial@tourismselangor.my untuk berhubung dengan Tourism Selangor.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *