Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tourism Industry Award 2024 Iktiraf Kecemerlangan Penggiat Pelancongan

1 min read

KUALA LUMPUR : Bagi merancakkan lagi sektor pelancongan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi negara Tourism Industry Award  (TIA2024) akan diadakan buat julung kalinya pada 26 Julai 2024 di Royale Chulan Kuala Lumpur .  Acara ini Ia bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat industri pelancongan yang telah mencapai prestasi cemerlang. Di samping itu, penganjuran majlis ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat penggiat industri pelancongan untuk terus maju di dalam industri pelancongan. 

Menurut Dato’ Emmy Suraya Hussein, Pengerusi Penganjur TIA 2024, acara ini adalah inisiatif daripada penggiat industri pelancongan sendiri yang diterajui oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) bersama penganjur bersama MFMPA (Malaysia Fashion Modeling Pageant Association) dan Santai Travel. 

“Majlis Anugerah yang julung kali  diadakan bakal mempertaruhkan lebih  60 kategori dalam industri pelanocngan. Penganjuran acara ini sejajar dengan usaha kami dalam menyokong perkembangan industri pelancongan agar ianya sentiasa berdaya saing di dalam industri pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi negara,” kata Emmy Suraya.

“Kita  melihat bahawa menerusi acara ini, kita dapat memberikan motivasi dan suntikan semangat buat semua penggiat industri pelancongan untuk bekerja lebih keras dan kreatif lagi dalam menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan negara.  Sekiranya kita dapat melahirkan penggiat  dan perkhidmatan pelancongan yang baik dan berkualiti, kita dapat membantu sasaran pelancongan negara menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sehubungan itu, kerjasama padu daripada semua pihak adalah amat penting untuk mencapai sasaran ini”, tambahnya lagi

Untuk maklumat lanjut mengenai Tourism Industri Award 2024 sila hubungi Sekretariat Tourism Industry Award ditalian 603-23002478  atau 0122326152

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *