Tue. May 7th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Tahun Melawat Perak 2024 Bakal Semarakkan Lagi Industri Pelancongan Negara

2 min read

Perak menyasarkan kemasukan 8 juta pelancong domestik dan 350ribu pelancong antrabangsasempena Tahun Melawat Perak 2024

KUALA LUMPUR : Majlis Perasmian Prapelancaran Tahun Melawat Perak
2024 (TMP2024) disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri
Besar Perak pada 16 Julai 2023 di NU Sentral, Kuala Lumpur. Logo dan teaser video
TMP2024 turut dilancarkan sebagai promosi dan mewar-warkan lagi pelaksanaan TMP2024
ke pasaran domestik dan antrabangsa.
Sebagai kesinambungan kepada majlis Prapelancaran TMP2024, Tourism Perak turut
menganjurkan Perak Travel Fair 2.0 yang berlangsung selama tiga hari ipada 14 hingga 16
Julai 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Centrecourt, NU Sentral,
Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh seramai 22 orang pengusaha produk pelancongan, 6
pengusaha makanan dan 4 pengusaha produk kraftangan yang mengetengahkan keunikan
produk pelancongan negeri Perak.
Di majlis ini juga, Tourism Perak bekerjasama dengan Malaysia Travel Agents Association
(MATTA) Cawangan Perak membawakan seramai 32 agen pelancongan dan pengembaraan
daripada Thai Travel Agents Association (TTAA) ke Perak di bawah program TTAA FamTrip
to Perak selama 5 hari 4 malam bermula dari 16 hingga 21 Julai 2023 dengan objektif
untuk memberikan pendedahan dan maklumat terkini tentang produk dan destinasi menarik
di Perak yang berpotensi dijadikan pakej khas sesuai dengan pasaran pelancong Thailand.
Selain itu, satu sesi penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MATTA
dan TTAA untuk mengukuhkan jalinan kerjasama bagi menarik lebih ramai pelancong
daripada Thailand ke Malaysia khususnya negeri Perak.
Sempena TMP2024, Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kemasukan 8.0juta pelancong
domestik dan 350ribu pelancong antrabangsa ke negeri Perak. Pada tahun 2022, Perak
berada di kedudukan keempat secara keseluruhan dengan mencatakan 14.6juta bagi negeri
tumpuan pelawat domestik yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia(DOSM).
Perak bukan sahaja kaya dengan segmen gastronomi daripada pelbagai bangsa dan budaya
malah ia juga menawarkan pelbagai aktiviti riadah seperti berbasikal, golf, kolam air panas,
SPA kesihatan, taman tema, lukisan dan mural artistik oleh pelukis antarabangsa dan
tempatan. Kini tepat pada masanya, majlis ini merupakan salah satu inisiatif negeri Perak
untuk menarik lebih ramai pelancong dan menjadikan negeri Perak sebagai destinasi
pelancongan kegemaran di rantau ini.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program sempena Tahun Melawat Perak
2024, bolehlah melayari laman Facebook, Instagram, TikTok atau laman sesawang Tourism
Perak: http://tourismperakmalaysia.com

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *