Wed. May 8th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Mengapa MTC Dibatalkan? Ini 7 Sebabnya!

2 min read

Kuala Lumpur : Selepas lebih 30 tahun Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ditubuhkan bagi memperkasakan industri pelancongan negara, akhirnya pada 20 Julai yang lalu pendaftaran persatuan tersebut telah dibatalkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pihak ROS telah mengeluarkan notis hendak membatalan Pendaftaran MTC yang bertarikah 11 April 2023 dibawah peruntukan seksyen 13(2) seperti yang terkandung dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Menurut bekas Setiausaha Agung Kehormat MTC, Dato’ Hajah Noorzaleha Baharudin, telah tampil memberi penjelasan mengapa MTC terpaksa dibatalkan pendaftaranya. Terdapat 7 perkara yang telah menyebabkan pertubuhan tersebut dibatalkan sepertimana perkara berikut:-

1. Pihak MTC telah bersengaja melanggar Fasal 2 perlembagaan berdaftar pertubuhan dengan menukarkan dan menggunakan alamat berdaftar surat menyurat tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

  1. Telah bersengaja melanggar Fasal 5,2 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana pemecatan keahlian Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dan perlucutan keahlian Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan.
  2. Telah bersengaja Fasal 7 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 tidak mengikut ketetapan perlembagaan.
  3. Telah bersengaja melanggar Fasal 8.1.3 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana pemecatan YBhg. Dato‘ NoorZaleha Baharuddin sebagai setiausaha Agung Kehormat adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan.
  4. Telah bersengaja melanggar Fasal 8.1.3 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana perlantikan Encik Chong Jing Kong sebagai Setiausaha Agung Kehormat yang baharu adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan.
  5. Telah bersengaja melanggar Fasal 10.4 perlembagaan pertubuhan berdaftar kerana penandatangan cek pertubuhan bukanlah Setiausaha Agung Kehormat yang dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan.
  6. Telah bersengaja melanggar fasal 10.5 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana perbelanjaan melebihi RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) pada sesuatu masa tiada kelulusan Mesyaurat Agung.

Dengan bukti-bukti kesalahan yang dilakukan oleh AJK MTC maka pihak ROS membatal pendaftaran mengikut Akta Pertubuhan 1966.

“Difaham mereka yang bersalah ini mempunyai niat untuk berjumpa dengan YB. Menteri Dalam Negeri untuk merayu agar pendaftaran MTC tidak dibatalkan. Saya amat berharap agar YB. Menteri Dalam Negeri untuk meneliti kesemua kesalahan MTC serta tidak melindungi mereka yang melakukan kesalahan dan jenayah yang melibatkan ratusan ribu wang pertubuhan. Saya dan ahli yang teraniyanya telah banyak membuat laporan polis dan laporan ke pihak SPRM keatas mereka (AJK) yang melakukan kesalahan ini namun hingga kini masih lagi dalam siasatan oleh pihak berkuasa,” kata Dato’ Noorzaleha dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi dengan pembatalan Pendaftaran MTC ini dapat menyekat mereka yang bersalah dari terus melakukan kesalahan yang serupa atau lebih berat lagi, Sekiranya pembatalan pendaftaran MTC ini dimansuhkan, mereka yang bersalah ini akan merasa kebal.

Tambahnya lagi seperti apa dilaporkan oleh setengah portal berita hari ini oleh individu yang tidak menyatakan nama dan hanya menggunakan nama seketariat MTC adalah salah dan boleh dianggap menyamar sebagai pegawai MTC. Berita yang dilaporkan adalah berita yang sama sekali tidak benar serta mengeliru pemain industri pelancongan serta orang awam yang berkepentingan. Ini adalah bertujuan untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Untuk rekod MTC sudah dibatalkan pendaftaranya berkuatkuasa pada 20 Julai 2023 yang lalu.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *