Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

SHUT Perjuangkan Isu Pemerdagangan Manusia

2 min read


KUALA LUMPUR : Malaysia telah diberikan perhatian serius berkenaan isu pemerdagangan manusia dimana Malaysia
telah diletakkan pada tahap 3 ataupun Tier 3 di dalam Trafficking In Persons Report selama 2 tahun berturut turut oleh Jabatan Amerika Syarikat, dan ianya boleh menjejaskan imej serta ekonomi negara. Punca utama kerana Malaysia merupakan negara transit dan juga destinasi kemasukan negara asing.
Pada tahun lepas Malaysia juga telah digemparkan dengan berita rakyat tempatan yang dijual di negara asing yang dijadikan scammer malangnya kesemua mangsa tersebut melibatkan golongan belia. Modus operandi utama sindiket juga melibatkan jenayah siber dan faktor kekangan ekonomi telah memudahkan sindiket untuk memperdaya mangsa.
Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk menangani isu ini, akan tetapi pendedahan terhadap isu ini masih lagi berkurangan. SHUT merupakan salah satu NGO yang juga rakan strategik kerajaan khususnya Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (NSO MAPO) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mendokong segala inisiatif kerajaan dan mana-mana Syarikat Korporat serta Institusi yang berpandangan optimis dalam menangani isu ini.
Pelbagai inisiatif telahpun dilakukan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu ini, antaranya program-program di sekolah, kesedaran melalui filem, iklan di rancangan televisyen serta media sosial dan sebagainya. Selain itu, SHUT juga menyediakan khidmat sebagai pegawai
pelindung mangsa dan juga pengurusan kes yang dilaporkan.

SHUT sentiasa berpandangan optimis dalam menyebarluas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu ini telah pun menjalinkan kerjasama bersama syarikat tempatan iaitu Amazing Creative Group (ACG), dimana kali ini penyebaran kesedaran adalah melalui Konsert sempena Hari Raya yang dinamakan Suara Raya yang dibintangi oleh 3 artis tempatan iaitu Ning
Baizura, Aina Abdul dan Iman Troye. Konsert ini bukan sahaja untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, malah melalui tajaan konsert ini, 15% akan disalurkan kepada tabung SHUT dalam misi kami memperjuangkan isu pemerdagangan orang.
Tiket Konsert Suara Raya ini akan berlangsung di ZEPP, Kuala Lumpur pada tanggal 14 Mei 2023 bermula pada jam 8 malam. Harga tiket bermula dari RM199 dan boleh didapati di www.ticket2u.com atau sekiranya pihak korporat yang berminat untuk menaja konsert ini boleh menelifon di talian bernombor 011-3794 2042.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *