Thu. Apr 25th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Selangor Bakal Ada Tarikan Pelancongan Baru

2 min read

SERENDAH JUNGLE RETREAT AND WELLNESS SPA RESORT PROJECT  yang dijangka menelan belanja RM50 Juta bakal dibangunkan di Serendah Selangor dengan konsep pembangunan yang meliputi 50 Luxury Wellness Club & Retreat Home, 5000 sf. Eco Incubator Centre, Cultural Village (Long House Lodges), Pavillion In The Park (Jungle Theatre), 50 Travelers’ Lodge, Eco Garden, Ziplines & Gibbon’s Treehouse dan Tapak Perkhemahan Glamping yang merupakan konsep projek yang sangat unik dan berbeza.

Fokus utama projek pembangunan ini adalah untuk mewujudkan pusat berkonsepkan “Luxury Wellness and Retreat Eco-Resort” di Serendah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Dengan perkembangan ini, SMPM, PYBK, UCPI dan ACSB dapat memajukan ekonomi Malaysia amnya dan masyarakat Serendah khususnya dengan menyediakan antara lain Eco Incubator Hub, Eco Garden, Theater Cultural Village, Camp Site, Wellness SPA Resort dan Tree House yang secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd (SMPM) telah diberi kuasa oleh pemilik tanah, Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) untuk membangunkan tanahnya di Bukit Tasik Serendah, Selangor seluas lebih 1600 ekar.  SMPM merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan pembangunan hartanah berhasrat untuk membangunkan tanah tersebut dan bagi merealisasikan hasrat itu, SMPM telah bersetuju untuk menjalinkan hubungan usahasama dengan United Capital Property Investments (Cyprus) Limited (UCPI), sebuah syarikat yang terlibat terutamanya dalam perniagaan perolehan hartanah utama, perundingan, nasihat pelaburan, penilaian aset dan perkhidmatan penilaian dsb. dan Arch Capital Sdn Bhd (ACSB), sebuah syarikat yang terlibat terutamanya dalam perniagaan pelaburan hartanah, projek dan pengurusan aset hartanah berkaitan hospitaliti dengan meremajakan aset yang diperoleh dengan elemen komersil baharu, penjenamaan & pemasaran dll.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini amat bermakna dan selaras dengan Visi dan Matlamat Program Transformasi Ekonomi Negara. Usahasama ini boleh menyokong dan mengukuhkan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi seperti pelancongan, kesihatan, eko-resort dan pembangunan tanah.


Dengan pembangunan projek ini, jangkaan Kerajaan untuk melibatkan pelaburan swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi dan memberi kesan limpahan ekonomi yang agak besar serta memberi impak strategik dalam pembangunan ekonomi negara akan tercapai.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *