Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Semarakkan Pelancongan Domestik Di Utara

2 min read

Kunjungan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Syukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diiringi Pengurusan Tertinggi MOTAC tenyata memberikan semangat baru buat industri pelancongan domestik.


Setelah lebih empat bulan sektor pelancongan negara terjejas akibat Covid 19, lawatan kerja YB Menteri selama dua hari 1 malam ke negeri Perlis itu diharapkan dapat membuka lembaran baru buat industri pelancongan negara.

Lawatan Menyemarakkan Pelancongan Domestik tersebut telah mengunakan perkhidmatan keretapi KTM ETS dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau, Perlis sekali gus mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam dan mempromosikan pakej pelancongan keretapi (Rail Tourism). 

Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy Syukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, program ini diadakan bagi menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik khususnya di utara.

“Dengan adanya program sebegini kita mengharapkan sektor pelancongan domestik ini dapat segera pulih dan masyarakat tempatan dapat menyokong industri pelancongan domestik,”katanya kepada Santai Travel. 

YB Menteri serta roombongan juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB  Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis di Pejabat Menteri Besar. Bagi meraikan delegasi MOTAC, YAB Menteri Besar Perlis turut mengiringi rombongan ke beberapa produk pelancongan di Perlis seperti Restoran Seafood Mat Rock Der, Brasmana Foodtruck Flea Market, Masjid Al Hussain dan Kangar Street Arts.

Antara destinasi pelancongan yang sempat dilawati oleh YB Menteri dan rombongannya adalah Kangar Street Arts, Rimba Herba Perlis, Ladang Burung Unta dan Homestay Felda Mata Ayer. Beliau juga sempat singgah ke Warung Tepi Sawah untuk bersarapan pagi sambil menyantuni masyarakat setempat serta pelancong yang datang ke warung tersebut.

Selain itu Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Zon Utara turut diadakan bagi memberikan penghargaan buat warga MOTAC yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang. Majlis  yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri itu turut  dihadiri oleh YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Pengurusan Tertinggi MOTAC.

terima kasih  | Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
foto | Nikki G & Ihsan MOTAC

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *