Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

HUAWEI MatePad Pro – Tablet Selangkah ke Hadapan

3 min read


“Evolusi teknologi nyata banyak mengubah cara kita berfikir dan bekerja masa kini. Bermula dengan komputer meja, alat kelui, PDA, komputer riba, telefon pintar dan juga tablet, evolusi eknologi nyata membantu melengkapkan hidup kita. Sedar tidak sedar, ia telah menjadi satu keperluan”

Gergasi teknologi China Huawei terus berjuang serta berusaha menarik perhatian ramai menerusi model terbaru mereka. Walaupun Huawei dilanda masalah di mana semua produk terbaru mereka tidak lagi mempunyai capaian Google, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk bersaing dan menghasilkan produk yang inovatif. Terkini Huawei memperkenalkan tablet terbaik pernah dihasilkan mereka iaitu HUAWEI MatePad Pro yang dilabel sebagai super tablet. Kenapa saya menggelarnya super tablet? Sebagai ketua editor, saya menjalani hidup yang pantas. Tablet ini banyak membantu saya selepas pertama kali saya menggunakannya. 

Jika sebelum ini, saya hanya membaca tentang kehebatan tablet ini, namun apabila ia telah berada di tangan saya, nyata apa yang diwar-warkan bukan omongan kosong. Paling saya sukai adalah ketika memegang HUAWEI MatePad Pro ini. Tablet ini sangat nipis, dengan ukuran 4.9mm menghasilkan ratio skrin ke badan hampir 90% dan rekaan micro-arc membolehkan ia dipegang secara semulajadi. Dari segi skrin pula, HUAWEI  MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8-inci dan paparan 16:10 body ultra nipis.Satu lagi perkara yang membuatkan kenapa saya memilih super tablet ini adalah kerana spesifikasinya yang memukau. 

Kenapa HUAWEI MatePad Pro?

Ketika mempertimbangkan untuk membeli tablet, saya mementingkan kuasa pemprosesan yang tinggi. Kenapa saya berkata begitu? Sebabnya mudah. Saya banyak melakukan kerja dari luar pejabat, jadi dengan kuasa yang tinggi ia nyata mempercepatkan urusan harian. Dengan kuasa yang tinggi, ia membolehkan saya bekerja dan bergembira dalam masa yang sama. Saya boleh berkongsi skrin dengan boss saya sambil membuat nota dan edit gambar dalam masa yang sama. HUAWEI MatePad Pro dikuasakan dengan chipset mercu Kirin 990 dengan RAM 8GB dual-channel untuk menyokong capaian pelbagai tugas. Walaupun kadar penggunaan yang tinggi, tablet ini tidak terasa panas kerana adanya sistem penyejukan 12 lapisan. Dengan adanya bateri berkuasa 7250mAh, saya tidak perlu lagi risau untuk mencari ‘plug point’ apabila berada dalam kapal terbang atau ketika berada lama di luar pejabat. Tambahan pula HUAWEI MatePad Pro adalah tablet pertama di dunia yang menyokong pengecas tanpa wayar dan pengecasan berbalik. 

Saya banyak menghabiskan masa di luar pejabat jadi produktiviti saya sedikit terjejas. Namun dengan adanya super tablet ini, ia banyak membantu kerana dengan saiznya yang kecil namun dengan skrin yang besar dan bateri yang berkuasa saya boleh melakukan kerja-kerja penulisan di mana-mana saja! Papan kekunci Smart Magnetic yang didatangkan sekali memudahkan kerja-kerja seorang editor seperti saya manakala M-Pensil banyak membantu saya dalam melakukan lakaran-lakaran penting.  HUAWEI MatePad Pro mempunyai mod PC yang membolehkan tablet ni menjadi PC hanya dengan menyambungkannya ke papan kekunci yang ditawarkan. 

Kelebihan HUAWEI MatePad Pro

Super tablet ini menyokong Multi-Window11 yang membolehkan tablet ini menjalankan pelbagai tugas. Kini saya boleh menonton rancangan kegemaran di applikasi Astro on the Go tanpa gangguan kerana saya boleh membalas segala mesej yang dihantar oleh teman-teman saya dengan fungsi floating window. Satu lagi tablet ini boleh digunakan dalam mod landskap dengan adanya applikasi App-Multiplier. Applikasi ini membolehkan paparan horizontal untuk memaparkan dua contoh dalam applikasi yang sama. Telefon pintar kini semakin canggih. Ramai pengguna menjadikan telefon pintar sebagai sebahagian dari hidup mereka. Untuk membantu pengguna dalam memaksimakan penggunaan dua peranti, Huawei Share membolehkan fungsi Multi-screen Collaboration. Dengan adanya fungsi ini, kolaborasi antara telefon pintar dan tablet menjadi reality. Dengan fungsi ini, segala data yang ada di telefon pintar saya boleh dilihat di skrin tablet. Segala gambar-gambar tugasan yang saya simpan di dalam telefon pintar boleh dipindahkan ke tablet hanya dengan menggunakan fungsi tarik dan letak. 

Huawei MEETime

Sebuah lagi teknologi eksklusif yang diperkenalkan Huawei baru-baru ini adalah MEETime. Huawei MEETime membolehkan saya membuat panggilan video sambil berkongsi skrin untuk membuat nota dan suntingan dalam masa yang sama. Kalau anda mahu gunakan MEETime, pastikan ada sambungan WiFi atau LTE dan cari sahaja kenalan yang menggunakan fungsi yang sama untuk berhubung.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *