Sun. Apr 28th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Selamatkan Artis dan Pencipta Kandungan dari Penguasaan Kapitalis Digital dengan FENIX 360!

2 min read

Melihat proses pembayaran berat sebelah kepada pencipta kandungan dan artis, media sosial terbaharu, FENIX360, diwujudkan bagi menawarkan sebuah platform yang dapat memberi keuntungan secara adil kepada pengguna. 

Kebanyakan platform media sosial yang wujud pada hari ini hanya membayar sekitar 15 peratus kepada pengguna. Manakala keuntungan selebihnya sekitar 85 peratus akan masuk ke saku poket pemilik platform. Jurang besar pengagihan pembayaran ini dilihat tidak seimbang dan hanya menguntungkan sebelah pihak. 

Menurut ketua eksekutif Asia Pasifik FENIX360, Sandy Monteiro, terdapat artis yang perlu menunggu sehingga tujuh bulan untuk mendapat bayaran video yang pernah dimuat naik.

“Kami di FENIX360 faham akan situasi ini dan mahu memberikan keuntungan yang adil kepada artis. Di platform tertentu, artis mungkin hanya memperoleh bayaran tiga bulan selepas lagu dimuat naik.”

“Jika mereka melalui pihak ketiga seperti label atau syarikat rakaman, jumlah yang mereka peroleh akan semakin kecil dan bayaran juga semakin lambat bergantung kepada kontrak. Bayangkan, artis boleh kebulur hanya dengan menunggu bayaran.

“Di platform kami, anda akan memperoleh bayaran menggunakan nilai mata wang dolar Amerika Syarikat (USD) sebanyak 70 peratus daripada keuntungan setiap hujung bulan. Bayaran diberikan berdasarkan jumlah pengikut di akaun anda. “

“Jika artis diuruskan oleh pihak label, kami akan pastikan bayaran masuk serentak tanpa perlu menunggu pengesahan daripada syarikat naungan anda terlebih dahulu,” katanya. 

Aplikasi FENIX36O dicipta dengan perincian yang menekankan kebajikan serta fokus sokongan kepada artis. Pengguna boleh memilih antara dua kategori semasa pendaftaran di aplikasi FENIX36O iaitu ‘artis’ mahupun ‘peminat’. Dengan mendaftar sebagai ‘artis’ anda boleh memberi serta menerima wang dari platform FENIX360. Sekiranya anda mendaftar sebagai ‘peminat’, anda hanya boleh menerima wang. 

“Kami tidak meletakkan apa-apa syarat untuk seseorang memilih kategori ‘artis’. Jika mereka rasa layak bergelar artis, silakan. Ia tidak terhad kepada penyanyi semata-mata, boleh jadi anda tukang masak, pelukis, penari, atau apa sahaja bakat yang ingin anda kongsikan.”

“Bagi yang memilih kategori peminat pula, mereka bebas untuk menukar kategori pada bila-bila masa. Melalui FENIX360, kami menyasarkan untuk membayar sekurang-kurangnya 500 USD setiap bulan kepada pengguna khususnya golongan artis,” tambahnya. 

FENIX360 sedang melebarkan pengaruhnya ke seluruh Asia Tenggara termasuk   Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. FENIX360 Live! di Indonesia telah berlangsung pada 9 Januari lalu di Jakarta yang dihadiri oleh artis seperti Voice Of Baceprot, ST12, Hijau Daun, Goliath, Angkasa, Nirwana, Raffa Affar, Dimansyah Laitupa, dan Oomleo Berkaroke. Aplikasi FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com dan di platform iOS dan Android secara global.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *