Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Satu Lagi Teater Yang Kita Kena Tengok!

2 min read

Teater berjudul ‘Dara & Makcik Bawang’ terbitan Siti Rohayah Attan arahan dan skrip oleh Dr Rosminah Mohd Tahir, Pengarah Projek; Zanahariah Jaafar dan Koreografer; A. Aris Kadir.

Teater ini merupakan hasil terbitan Gagasan Anak Seni (GAS) & CTRA Production dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (Motac), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Gabungan pelakon lama dan baru bakal menceriakan lagi teater ini. Antaranya ialah:

Fauziah Ahmad Daud sebagai Aminah
Liza Abdullah sebagai Tuminah
Ziela Jalil sebagai Kamariah
Mak Wan sebagai Dadamiah
Deera Amin sebagai Senah
Pavy Raj sebagai Lalita
Anis Exiora sebagai Peot
Joyce Alau sebagai Teh

Teater ini berkisar dari Makcik Aminah pengusaha pelbagai produk bawang di bawah Syarikat Bawang di Kampung Sukahati sedang menganjakkan perniagaan bertaraf industri kampung ke peringkat yang lebih global seiring dengan kemajuan teknologi.

Dia dibantu oleh Peot, Senah, Lat dan Teh gadis sebaya yang akrab sejak di sekolah sehingga berkerjaya. Mereka diteladani oleh Cikgu Siti, guru sastera dan bahasa yang sayangkan kampung dan cintakan warisan.

Turut membantu dari jauh adalah abang Samad dan abang Haron yang ada hati tehadap seorang dari empat dara. Cikgu Siti mencadangkan penubuhan kelab warisan dan dilancarkan bersama pertandingan berasakan bawang oleh syarikat Makcik Aminah.

Dalam usaha membuat kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan tersebut, empat dara berdepan dengan masalah Dadamiah sahabat niaga Makcik Aminah yang dibuli oleh anak-anak buahnya Tuminah dan Kamariah untuk mendapatkan wang. Keadaan menjadi ribut apabila Makcik Aminah dipalitkan dengan tuntutan wang pusaka Dadamiah dengan alasan yang direka-reka. Segalanya menjadi lagi kecoh menjelang hari pelancaran kelab.

Saksikan tayangannya pada 22-24 Julai ini di Panggung Sari JKKN Ayer Keroh, Melaka.
Tiket bermula dari RM20 hingga RM200. Dapatkannya sekarang sebelum terlambat!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *