Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Kashplus Lindungi Perbelanjaan Rakyat Malaysia

3 min read

Kuala Lumpur- Virtualflex Sdn. Bhd (“Virtualflex”) melancarkan platform e-wallet
dan kad prabayar – KASHplus, sebagai usaha pemodenan kaedah pembayaran di Malaysia dan
mengurangkan risiko terdedah kepada aktiviti penipuan. Virtualflex turut mengumumkan
perkongsian strategik dengan sebuan syarikat fintech, IOU Pay (Asia) Sdn. Bhd. (“lOUpay”) untuk
perkongsian jenama kad prabayar – mvlOU KASHplus Card yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan mylOU di Malaysia.

Sejak sedekad yang lalu, para pengguna sudah terbiasa untuk menggunakan peranti mudah alin
melakukan transaksi atas talian membeli-belah
dan aktiviti perbankan.

Walaubagaimanapun, sejak 2 tahun lepas, pandemik Covid-19 telah membuka minat orang ramai terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan, demi membendung penyebaran coronavirus. Penggunaan meluas sistem e-wallet tidak dapat dielakkan, dan ianya memberi manfaat kepada para pengguna sambil melindungi mereka daripada ancaman aktiviti penipuan.

Dengan peningkatan kes penipuan berkaitan perbankan di Malaysia yang mana wang simpanan dari banyak akaun dilenyapkan, KASHplus membantu menangani isu ini dengan solusi kad prabayar yang dapat menghapuskan kebarangkalian maklumat akaun bank para pengguna untuk terdedah semasa melakukan proses pembayaran.

KASHplus turut mencegah dari maklumat kad kredit dan kad debit dari dicuri, di mana maklumat-maklumat tidak dipaparkan secara penuh di aplikasi e-wallet. Selain itu, kad prabayar perkhidmatan e-wallet KASHplus juga tidak memaparkan nombor kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), mengurangkan risiko yang diambil para pengguna semasa menggunakan platform mereka. Dengan pelancaran KASHplus di Malaysia, mereka berniat untuk mendidik para pengguna tentang kaedah-kaedah membendung aktiviti penipuan melalui sistem -wallet dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran di Lembah Klang pada bulan-bulan yang akan datang.

Turut diumumkan di sidang media in ialah perjanjian eksklusif selama tiga tahun di antara
Virtualflex dengan |OUpay untuk melancarkan mylOU KASHplus Card secara dua peringkat.

Peringkat pertama melibatkan pengagihan Kad mylOU KASHplus kepada pelanggan sedia ada
perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) mylOU, dan peringkat kedua melibatkan integrasi perkhidmatan BNPL di dalam aplikasi. Kerjasama ini adalah disasarkan untuk memberi
kelonggaran dan pilihan kepada pengguna di dalam hal pembayaran melalui integrasi kad
prabayar ini.

Kesemua kad KASHplus, termasuk my/OU KASHplus Card, merupakan kad debit prabayar yang boleh ditambah nilai. la turut mempunyai fungsi pembayaran Visa yang membolehkan pengguna untuk bertransaksi di serata dunia, di mana sahaja kad Visa diterima. Ketua Pemasaran IOUpay, Cik Gwen Khor berkata, “Kerjasama dengan Virtualflex untuk melancarkan mylOU KASHplus

Card menyediakan produk fintech yang inovatif dan mengukuhkan matlamat kedua-dua syarikat
dalam menyediakan solusi pembayaran digital.”.
Di samping itu, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) turut menjalinkan kerjasama dengan KASHplus untuk memacu Malaysia ke arah negara berpaksikan teknologi dengan menggalakkan para peniaga memilih kaedah pembayaran tapa tunai sebagai kaedah utama dalam transaksi harian.

Tambahan pula, beberapa usaha untuk menerapkan persekitaran tapa tunai menyeluruh di dalam komuniti bermula dengan sekolah, kolej dan universiti melalui “KASHplus Cashless Campus Program 2022”, menawarkan akses kemudahan kad prabayar Visa dan portal pengurusan akaun aplikasi mikro kepada 100 buah institusi pada kadar yang rendah. KASHplus
mensasarkan untuk mengintegrasikan pembayaran tapa tuna di dalam kehidupan seharian supaya generasi akan datang bersedia untuk mengadaptasi kemajuan teknologi yang bakal menyusul kelak.
“Kami komited di dalam menyumbang dan menambah baik kesejahteraan komuniti dengan solusi fintech yang menawarkan keselamatan maksimum, ketelusan, kemudahan dan kebolehgunaan.

Sama ada kita suka atau tidak, dunia menuju ke arah kaedah pembayaran digital dan tanpa tunai.
Dengan pelancaran KASHplus dan mylOU KASHplus Card, kami berharap untuk member impak yang besar di Malaysia dengan melindungi pengguna dari aktiviti penipuan, pada masa yang
sama, memajukan negara sebagai sebuah contoh di dalam menerapkan kemudahan fintech,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex Sdn. Bhd., En. Heng Wa Seng.

Bersempena dengan penyertaan Virtualflex dalam Malaysia International Retail and Franchise
Exhibition (MIRF) 2022, KASHplus menawarkan kredit percuma RM30 kepada 100 pemohon
terawal setiap hari dari 14 hingga 16 Julai 2022. Aplikasi KASHplus kini boleh didapati di Google
Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://main.kashplus.my/.

About KASHplus
KASHplus is a revolutionary digital payment solution, brought to you by VIRTUALFLEX SDN.
BHD. VIRTUALFLEX, was set up in 2014 to seize opportunities offered by the rapid growth of
the digital economy. This is in line with Bank Negara Malaysia’s aim to promote cashless billings and payments, KASHplus was developed and designed for digital and cashless payment
solution service via prepaid MasterCard, Digital Wallet Mobile App, and QRPay.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *