Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Samsung Galaxy A32 5G Mesra Poket Namun Tampak Classy

3 min read


Kerjaya sebagai editor sebuah majalah pelancongan membuatkan saya lebih gemar menggunakan telefon pintar premium sahaja. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya mementingkan telefon pintar premium? Bekerja dalam bidang pelancongan memerlukan saya menghasilkan gambar dan video yang berkualiti. Kebanyakan telefon pintar premium mempunyai kamera yang berprestasi tinggi hinggakan kita tidak perlu membawa kamera tambahan. Namun baru-baru ini saya berpeluang menggunakan Samsung Galaxy A32 5G, telefon pintar kelas pertengahan. Pertama kali ketika mendengar harga jualan model ini (RM1199), terdetik dalam hati saya, wow murahnya!

Tahniah kepada Samsung yang tidak melupakan golongan pertengahan. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi dunia yang rapuh, pelancaran model ini dilihat sebagai satu inisiatif kepada mereka yang inginkan sesuatu yang tampak mewah dan elegan namun dengan harga mampu milik. Dengan hanya RM1199, anda bakal dapat memiliki telefon jenama Samsung (bukan made in china ya) yang sudah terkenal di seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan memang banyak lagi telefon kelas pertengahan yang dijual di luar sana namun adakah ia dapat menandingi teknologi skrin, chipset dan rupabentuk model A32 5G ini? Di sini saya ingin kongsikan kenapa berbaloi anda memiliki model A32 5G ini.

Kadar Segar Skrin 90Hz

Samsung akhirnya menaiktaraf kemampuan skrin untuk telefon pintar kelas pertengahannya. Dengan kadar segar sehingga 90Hz, ia memberikan saya pengalaman menggunakan pautan multimedia dan kandungan multimedia dengan lebih lancar.

Kamera yang Berkuasa untuk Kelasnya

Kamera yang disertakan untuk Galaxy A32 5G cukup lengkap. Kamera belakang ada lensa utama 48MP f/1.8, lensa ultra wide 8MP f/2.2, lensa makro 5MP f/2.4 dan lensa sensor kedalaman 2MP f/2.4. Satu lampu flash membantu pencahayaan kamera ini. Untuk kamera depan pula adalah 20 MP f/2.2. Saya merakamkan beberapa gambar di sekitar Kuala Lumpur (kita masih di bawah PKPB), tidak boleh melancong ke negeri-negeri lain. Hasil kualiti gambar cukup baik. Warnanya terang namun jika pencahayaan agak kurang, hasil gambar tidak begitu baik. Namun dengan harga yang ditawarkan, bagi saya ‘fair enough’. Malahan dengan adanya mode ultrawide, setiap gambar yang dirakamkan mempunyai lebih perspektif. 

Sebagai Telefon Kedua

Kebanyakan orang tidak mahu berkongsi nombor telefon peribadi dengan orang yang tidak dikenali. Dengan adanya Samsung Galaxy A32 5G ini, anda boleh menjadikan ia sebagai telefon kedua anda. Samaada untuk kegunaan perniagaan atau kegunaan peribadi.

Rekabentuk Elegan

Saya juga suka dengan layar infiniti dan kamera depan yang terletak di tengah. Rekaannya nampak ‘simple’ namun penuh gaya. Rekaan tiga kamera di belakang, kelihatan mahal! Lensa kamera yang sejajar dengan badan tampak cute!

Kapasiti Bateri yang Besar

Samsung menaiktaraf kapasiti bateri ke 5000 mAh. Dengan saiz bateri sebesar ini, saya boleh menggunakan telefon ini seharian tanpa perlu dicaj semula. Cukup sesuai buat mereka yang gemar bermain permainan video atau menonton Netflix. Namun tempoh caj daya cepat (fast charge) agak terbatas kerana hanya didukungi dengan kemampuan 15w.

Teknologi 5G

Buat mereka yang inginkan teknologi 5G namun tidak mahu berbelanja lebih, nah, Samsung Galaxy A32 5G adalah pilihan tepat. Dengan keadaan ekonomi sekarang, anda harus berhati-hati bila berbelanja.

Telefon Pertama

Samsung A32 5G juga sesuai dihadiahkan kepada anak-anak sebagai telefon pertama mereka. Dengan skrinnya yang besar, ia memudahkan mereka untuk melakukan latihan atau kerja sekolah secara atas talian. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah sebenarnya telefon pintar ini sesuai untuk mereka yang hanya menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan, menerima panggilan atau menerima mesej atau secara amnya mereka yang tidak mementingkan spesifikasi telefon. Selain membuat panggilan atau menerima panggilan, mungkin hanya menggunakan emel atau melayari laman sesawang sekali-sekala. 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *