Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PAKEJ STIMULUS PENGIKLANAN SANTAI TRAVEL BANTU PENGUSAHA PRODUK PELANCONGAN

2 min read


IPOH : Sejak pendemik COVID-19 melanda negara pada awal tahun lalu, Industri pelancongan adalah antara sektor yang paling teruk  terjejas. Ramai pengusaha industri pelancongan yang terpaksa gulung tikar akibat tiada sumber pendapatan.

Bagi memastikan kelestarian sektor pelancongan dan pengusaha-pengusaha pelancongan terus mampu mengharungi cabaran pasca COVID 19, Santai Travel mengambil inisiatif  melancarkan Pakej Stimulus Pengiklanan Pelancongan  bernilai RM1.2 juta dalam bentuk ruang iklan dan liputan media  kepada pengusaha produk pelancongan terjejas akibat COVID-19 ini.Melalui pakej stimulus ini lebih 200 slot iklan/promosi akan diberikan secara PERCUMA kepada pengusaha PKS pelancongan seperti hotel, homestay, agensi pelancongan serta  produk berkaitan pelancongan.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak di Ipoh, Perak.

Menurut YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, inisiatif syarikat swasta, Santai Travel tersebut disambut baik kerajaan negeri dalam merancakkan lagi pelancongan domestik.

” Kerajaan negeri menyambut baik inisistif seumpama ini yang berupaya merangsang dan mempromosikan semula destinasi pelancongan dalam negeri Perak dalam kita merancakkan lagi pelancongan domestik disamping mengekalkan hubungan baik dengan penggiat industri seperti majalah Santai Travel ini,” kata Menteri Besar Perak.

Sementara itu menurut Datuk Azlie Halim, Pengasas & CEO Santai Travel,  Program ini adalah sebahagian daripada insiatif  Santai Travel  dalam menyahut seruan Perdana Menteri supaya syarikat swasta untuk membantu kelompok yang terjejas akibat pelaksanaan PKP bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

“Kami percaya dengan sumbangan yang sedikit ini ia sekurang-kurangnya mampu membantu pengusaha produk dan perkhidmatan pelancongan khususnya usahawsan PKS dalam mempromosikan produk mereka secara lebih meluas lagi di saluran media kami,” kata Azlie Halim.

Majalah Santai Travel adalah majalah rasmi Majlis Pelancongan Malaysia yang memfokuskan destinasi dan industri pelancongan dalam  serta luar negara. Majalah pelancongan  ini telah diterbitkan sejak tahun 2010 dan telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan sektor pelancongan negara.

Sejak ditubuhkan Santai Travel banyak membantu pihak Kementerian Pelancongan & Kebudayaan serta agensi-agensi di bawah kementerian ini khususnya Tourism Malaysia bagi mempromosikan acara-acara pelancongan mahupun pelbagai produk pelancongan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *