Sat. Apr 20th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Promosi Pelancongan Malaysia-Indonesia di Perhebat

2 min read

Selepas lebih 2 tahun dunia pelancongan lumpuh akibat pandemik Covid – 19, sektor pelancongan mula menampakkan sinarnya. Hubungan pelancongan Malaysia dan Indonesia yang turut terjejas akibat sekatan perjalanan kini telah mula rancang dengan beberapa kelongaran SOP baru untuk tujuan kemasukan pelancong bagi kedua negara.

Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan Malaysia dan Indonesia ini, Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia, PAMAJA & KAPPIJA telah menganjurkan program Tourism Business Matching Malaysia-Indonesia 2022 di Bogor & Jakarta Indonesia pada 19- 22 Mei 2022. Melalui program ini lebih 100 buat syarikat  serta organisasi pelancongan telah terlibat dalam sesi hubungan perniagaan khususnya dalam pemasaran serta promosi produk-produk pelancongan.

Menurut Dato’ Haji Sahariman bin Haji Hamdan, President Homestay Malaysia dan Pengerusi PAMAJA , program promosi ini berjaya membuka lembaran baru dalan dunia pelancongan serantau selepas pembukaan semula sektor pelancongan pasca pandemik. 

“Saya percaya dengan kerjasama pelancongan  kita dapat memajukan ekonomi pelancongan kedua negara sekali gus mengukuhkan persahabatan antar alumni program persahabatan ini,” kata Dato’ Haji Sahariman bin Haji Hamdan.

Sebagai negara serumpun, Indonesia dan Malaysia punya hubungan istimewa dibandingkan dengan negara negara ASEAN lainnya. Ia diterjemahkan menerusi sesi  Persahabatan KAPPIJA 21 (Keluarga Program Persahabatan Indonesia Jepang Abad 21) dengan PAMAJA (PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE-21, MALAYSIA) yang diadakan pada sesi makan malam bersempena dengan acara tersebut. 

Program promosi pelancongan ini juga turut diserikan lagi dengan kejohanan golf amal yang diadakan di   Rainbow Hill Golf Club, Jawa Barat dan turut disokong oleh Badan Promosi Pariwisata Kabupaten Bogor beserta agensi-agensi pelancongan di Bogor. Majlis turut meraikan anak-anak yatim di daerah Bogor dengan penyampaian sumbangan duit raya sempena dengan sambutan hari raya.

Bertemakan  “Penguatan Sinergi dan Kolaborasi bidang Perniagaan Pelancongan Homestay Malaysia dan Ekonomi Kreatif Indonesia”, majlis turut di hadiri perwakilan Kementerian, perwakilan Kantor JICA Indonesia, Pemerintah Daerah dan penggiat pelancongan dari Indonesia dan Malaysia

Perwakilan Pemerintah Indonesia dihadiri oleh Asdep Pariwisata dan Penanaman Modal, Sekretarian Kabinet Republik Indonesia, Bapak Arief Khumaedi, Asdep Pengembangan Parekraf, Kemenko Maritim dan Investasi, Ibu Hermin Esti Setyawati, Direktur Kelembagaan dan Sumber Daya Konstruksi, Kement. PUPR, Bapak Ir Nicodemus , MS dan  dari  JICA Indonesia diwakili Ms.MIZUTANI Yoko, Project Formulation Advisor Indonesia Office.

Sementara Bapak Hari Wibowo, Ketua Pemasaran dan Atraksi, Dinas Pariwisata Pemprov Jakarta turut hadir memberi sokongan bagi mempromosikan pelancogan Propinsi DKI Jakarta, Propinsi Jawa Barat dan Sumatera Barat pada majlis tersebut. Dari Propinsi Jawa Barat juga dihadiri perwakilan Dinas Pariwisata Pemprov Jawa Barat,  Ketua Bidang Destinasi Pariwisata, Bapak Ahmad Haidar Setiawan, Ketua Bidang Industri Pariwisata Bapak Rispiaga, Ketua Bidang Pemasaran, Ibu Chandrawulan. Manakala  dari Propinsi Sumatera Barat diwakili oleh Bapak Taufik Ramadhan selaku Sekretaris Dinas Pariwisata Sumbar, Bapak Buchari Bachter serta  Dirut Hotel Balairung, Pemda Sumbar.

Delegasi Malaysia diwakili juga oleh En. M. Nazim M Nasay, Raja Nazilawati Raja Zainal, En. Khairul Hakimin Sahariman, Pn. Ema Setu, En Fadzli Mohd Amir, Cik Noorshazleena Mohtar Shabudin, En. Mu’izzudin Hikeman Hakim, En. Md. Nor Daud, En. Razali Raof, Datuk Azlie Halim, Tun Abdull Mutalib dan  Mohamad Fitri Mohamad Shawal.


About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *