Fri. Apr 26th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

Program Come & Discover Selangor 2019: “Jom bercuti ke Selangor!”

3 min read

Oleh : Buqhari       Foto : Ariff Azmi

Terima Kasih : Firefly Airlines, Tourism Selangor & The Saujana Hotel Kuala Lumpur

Pada kali ini Team Santai dan rakan-rakan media telah dijemput ke program Come & Discover Selangor anjuran Firefly Airlines bersama Tourism Selangor dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 18 Februari sehingga 20 Februari 2019.

Team Santai bersama rakan-rakan media

Pada hari pertama program ini, kami telah dibawa ke Royal Klang Town Heritage Walk di Klang, Selangor untuk melihat 11 bangunan bersejarah yang menjadi tarikan pelancong disana. Pengunjung pasti gemar untuk menangkap gambar disini dan memuat naik ke laman Instagram kerana bangunan-bangunan bersejarah di sini sangat sesuai untuk menangkap gambar yang berupa ‘vintage‘. Pada hari yang sama, Team Santai diberi peluang untuk berkunjung ke Jenjarom untuk makan malam di restoran Mansion 1969 serta berpeluang menyertai Pesta Tanglung di Kuil Dong Zen.

Suasana di dalam Mansion 1969

Restoran Mansion 1969 ternyata menjadi salah satu restoran yang perlu dikunjung ‘food hunters’ kerana terdapat pelagai sajian yang lazat serta permandangan dan suasana restoran yang menenangkan. Restoran ini berkonsepkan ‘hipster‘ yang dihiasi dengan barangan antik yang akan mengingatkan anda kepada suasana di kampung halaman.

Apa yang lebih menarik mengenai restoran ini ialah pemandangannya yang dapat anda lihat ketika anda sedang menjamu selera. Sebahagian dinding restoran ini digantikankan dengan panel kaca dan terdapat pemandang laman yang luas dengan beberapa pokok buat buah seperti rambutan dan durian yang dapat dilihat menerusi dinding kaca tersebut.

Antara makanan yang dihidangkan di Mansion 1969

Chinese-style and Western merupakan konsep makanan yang dihidangkan disini dan anda pasti akan teruja untuk merasa makanan Asia dan Barat digandingkan dalam satu hidangan. Antara hidangan popular mereka ialah Tom Yam Spaghetti yang berharga RM15.

Menurut pemilik restoran Mansion 1969, Pierre Teh, tempat ini dibina pada 1969 dan dia mengambil pelaung untuk membaik pulih tempat tersebut kepada sebuat restoran setelah ia ditinggalkan setelah beberapa tahun. Restoran ini terletak di Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom.

Pesta Tanglung di Kuil Dong Zen

Setelah menikmati sajian lazat di Mansion 1969, kami berkunjung ke Kuil Dong Zen untuk menyertai pesta tanglung. Pesta Tanglung ini merupakan pesta kaum Buddha yang diraikan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina mengikut kalendar Cina. Pesta ini juga digelar sebagai Tahun Baru Kecil kerana ia menandakan berakhirnya Perayaan Tahun Baru Cina. Mengikut sejarah, Pesta Tanglung hanya diraikan golongan Maharaya dan kerabat bangsawan berbanding kemeriahannya di zaman moden dimana semua orang boleh meraikannya dengan tanglung dihias dengan banyak reka bentuk kompleks.

Team Santai dan rakan-rakan media di Sky Mirror

Keesokannya, Team Santai dibawa untuk menikmati beting pasir di Kuala Selangor. Kawasan ini dipanngil Sky Mirror dan hanya boleh dilawati ketika air surut. Kawasan beting pasir ini dijangka keluasannya sebesar 50 padang bola sepak apabila air disana surut sepenuhnya. Kawasan ini merupakan kawasan yang ‘trending‘ dan ‘insta-worthy‘ oleh kerana pemandangan di kawasan ini sangatlah lain dari yang lain dan hanya boleh dikunjung pada waktu yang tertentu.

Untuk sampai di Sky Mirror, kami perlu ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor dan perjalanan dari jeti ini ke Sky Mirror mengambil masa dalam 45-60 minit. Pemandangan di Sky Mirror boleh dikatakan sangat cantik dan sesuai untuk menangkap gambar yang cantik mengikut kreativiti masing-masing.

Pengunjung yang ingin ke sini perlu menghubungi operator Sky Mirror, Kuala Selangor (016-2234788) untuk mengetahui tarikh dan waktu yang sesuai untuk merancang perjalanan untuk ke sana. Pengunjung juga boleh membuat tempahan secara online untuk kesana melalui servis bot di www.skymirrorworld.com

Setelah kembali ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, kami berpeluang untuk melawat Bukit Melawati dan Masjid Biru di Shah Alam untuk mengikuti ‘tour‘ di sekeliling masjid.

Pada hari terakhir program ini, salah satu penganjur program iaitu Firefly Airlines telah memberi kami peluang untuk menaiki pesawat ATR 72-500 Firefly Airlines yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Kami dapat merasai perkhidmatan terbaik ini selama 50 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan boleh dikatakan ia sangat memudahkan pelanggan seperti pelancong dan ahli perniagaan.

Ruangan di dalam pesawat dan tempat duduk penumpang sangat selesa dan harus diberi pujian. Pramugari dan juruterbang Firefly Airlines sangatlah mesra dan memberi layanan yang terbaik sepanjang perjalanan kami. Tidak disangkal lagi perkhidmatan yang terbaik dari pihak Firefly Arilines merupakan faktor mengapa ramai orang memilih untuk ‘terbang’ bersama Firefly.

 

 

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *