Thu. May 9th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PRESIDEN HOMESTAY MALAYSIA TERIMA ANUGERAH MENTERI LUAR JEPUN 

1 min read

KUALA LUMPUR : Selepas lebih 25 tahun menyumbang bakti menjayakan program homestay sekali gus mempromosikan persahabatan dua hala Jepun -Malaysia, Dato Hj Sahariman Hamdan, President Persatuan Homestay Malaysia telah dianugerahkan penghargaan khas Menteri Luar Jepun.  Majlis penyampaian anugerahtersebut telah berlangsung di kediaman rasmi Duta Jepun, His Excellency Takahashi Katsuhiko.

Menurut Duta Jepun Ke Malaysia, Dato’ Haji Sahariman telah mempromosikan persahabatan dua hala dan kerjasama pelancongan antara Jepun dan Malaysia dengan menggalakkan homestay dan program untuk merasai kehidupan kampung dan eko-pelancongan di Malaysia selama lebih 25 tahun.

“ Anugerah itu menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam mengukuhkan hubungan antara Jepun dan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Dato’ dan terima kasih diucapkan atas usaha dan sumbangan beliau.  Semoga hubungan baik di antara Malaysia dan Jepun ini berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang,” kata Takahashi Katsuhiko. 

Sementara itu menurut Dato Hj Sahariman Hamdan, anugerah ini adalah bukti bahawa program Homestay di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Menerusi program ini negara telah menerima ramai pelancong khususnya dari negara Jepun sejak tahun 1995 lagi.

“Terima kasih kepada Kerajaan Jepun kerana memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan sektor pelancongan negara terutamanya dalam segmen Homestay. Anugerah ini sesungguhnya memberikan semangat baru kepada kami untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dua negara dan merancang lebih banyak lagi program pada masa akan datang,” kata Dato’ Hj Sahariman Hamdan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *