Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai Serta Petukang Barang Kemas

3 min read

Baru-baru ini PERSATUAN PENGGIAT SENIREKA BARANG KEMAS ( PERSEKA ) mengadakan satu majlis untuk menghimpunkan ke semua pereka, pemakai juga petukang barang kemas tidak kira orang perseorangan atau pun dari mana mana premis perniagaan barang kemas yang ada di seluruh Malaysia. Majlis ini dinamakan JOM (JEWELS OF MALAYSIA). Lokasi majlis ini akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.. PESEKA adalah satu badan NGO di bawah KOPERASI NORRAS BERHAD.

JOM (JEWELS OF MALAYSIA) adalah inisiatif daripada PERSEKA yang akan mengiktiraf pereka, pemakai juga petukang barang kemas sepanjang pertandingan ini diadakan. Tarikh pertandingan ini akan bermula dari Jun 2024 dan akan berakhir serta mengumumkan pemenang pada Dis 2024.

Sidang media JOM ini akan diadakan pada 18 Jun 2024. Objektif JOM adalah seperti berikut;

1. Pereka:
– Mendorong pereka tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan identiti Malaysia dalam reka bentuk barang kemas mereka.

– Memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan

warisan Malaysia dalam karya mereka.

– Memupuk kolaborasi antara pereka dengan petukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas

yang melambangkan warisan budaya Malaysia dengan cemerlang.

2. Petukang
– Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada petukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka
– Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti petukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia.

3.Pemakai :
– Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai barang kemas tempatan.
– Menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan.
– Menghubungkan nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada pemakai.

Majlis ini adalah untuk meluaskan fokus kepada pereka, petukang, dan pemakai, bahawasanya anugerah ini dapat memberi impak yang lebih menyeluruh terhadap perkembangan industri barang kemas Malaysia serta penghayatan terhadap identiti budaya negara.

JOM bakal berlangsung dari Jun 2024 hingga Dis 2024, dimana JOM akan menjelajah ke-5 buah negeri bermula dari Johor Bahru. Destinasi ke-2 di Kuantan.Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke-4 Sabah. Destinasi ke-5 Kuching,Sarawak.

Pertandingan peringkat akhir akan diadakan di Kuala Lumpur untuk mengikthiraf pemenang petukang, pereka dan pemakai barang kemas. Anugerah akhir ini akan berlangsung selama 2 hari. Mereka akan menawarkan organisasi dan syarikat syarikat yang berkaitan dengan barang khemas seperti Habib, Poh Kong, Wah Chan dan lain lain untuk mengambil lot pameran. Tawaran akan dibuka kepada 10 lot pameran sahaja dengan pematuhan kepada syarat-syarat tertentu.

Terma dan syarat pertandingan ini adalah :

1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas

2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia

3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan

4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan.

Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang
berminat untuk menyertai pertandingan JOM ini. Untuk pertandingan ini JOM akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. 3 pemenang utama akan ditawarkan 4 hari kursus pendek di “University Arts London”. Untuk 7 pemenang lain akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.

Kesimpulannya pertandingan ini dijangka mencungkil bakat-bakat baru dalam industri barang kemas Malaysia, serta menyediakan platform untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka. Dengan memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas.

Diharapkan juga bahawa hadiah yang menarik dan pengalaman di London bagi pemenang utama dapat memberi inspirasi dan penghargaan yang lebih besar terhadap kecemerlangan dalam industri barang kemas Malaysia. Dengan melalui pertandingan ini, kami yakin dapat menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara serta menyelamatkan dan memperkasakan warisan budaya yang kaya dan unik Malaysia.

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Koperasi Norras Berhad, sila hubungi di talian +60192245967 ( Datin Dr. Raskidah Ali ) atau layari aplikasi ‘ x ‘ ( Twitter ) : @PERSEKA__

Alamat: G-12, Ground Floor, Saville@Melawati,
No.2, Jalan Kolam Air, Desa Melawati, 53100,
Kuala Lumpur, Malaysia

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *