Sat. Jul 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PENIAGAWATI Giat Memperkasakan Ramai Ikon Wanita Bumiputera

2 min read

Bagi menghargai ahli ahli mereka, PENIAGAWATI telah mengadakan Member’s Day di World Trade Center Kuala Lumpur. Pada sambutan tersebut, YBhg. Dato’ Emmy Suraya Hussein, Presiden ke 8 telah mengucapkan tahniah dengan pencapaian PENIAGAWATI dalam memperkasakan ramai ikon Wanita Bumiputera. Untuk menjadikan PENIAGAWATI sebuah persatuan yang mantap berpengaruh lagi dihormati dan menjadi wadah kepada perjuangan wanita dalam perniagaan dan profesyen, PENIAGAWATI akan terus menganjurkan program-program latihan dan kursus bimbingan bagi meningkatkan bilangan usahawan wanita bumiputra yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

PENIAGAWATI atau nama penuhnya iaitu Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen telah ditubuhkan pada 24 Mac 1980. Selama 44 tahun semenjak penubuhannya, PENIAGAWATI kini telah mencapai lebih 1000 ahli daripada pelbagai industri dan usia. Pebagai program latihan keusahawanan, peningkatan pasaran dan jaringan niaga serta misi dagangan ke luar negara bagi ahli-ahli PENIAGAWATI khususnya dan usahawan-usahawan Malaysia amnya telah dilaksanakan. Sebagai persatuan usahawan wanita yang premier di Malaysia, pencapaian dan prestasi PENIAGAWATI dapat dilihat daripada sokongan dan kerjasama erat yang diberikan oleh Kementerian dan agensi kerajaan, pihak swasta, serta media cetak dan elektronik kepada PENIAGAWATI.

Beliau juga mahukan lebih mengingatkan pentingnya kebersamaan di antara semua generasi supaya ia lebih inklusif di semua lapisan masyarakat. Budaya ini dapat menerapkan nilai hormat menghormati dan membantu antara satu sama lain. Selain itu, PENIAGAWATI juga mahu meluaskan aktiviti ke Sabah & Sarawak untuk memperkasakan wanita Bumiputera di bahagian timur Malaysia selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meluaskan peluang perniagaan.

Turut hadir di acara Member’s Day tersebut adalah mantan pimpinan terdahulu Peniagawati di antaranya Mantan Presiden ke 7, YBhg. Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi, Mantan Timbalan Presiden 1, Puan Noriah Ashari & Mantan Setiausaha Kehormat Puan Norliza Khan turut serta Presiden Peniagawati, YBhg. Dayp’ Emmy Suraya Hussein sebagai moderator di sesi ‘Sharing Session’. Ahli Panel juga dapat berkongsi pengalaman mereka di bawah kepimpinan mantan Presiden lalu di antaranya, Allahyarhamah Dato’ Maznah Abd Hamid, Datuk Mohaiyani Shamsudin, Allahyarhamah Puan Sri Ashidah Minin dan Dato’ Hazimah Zainuddin. Peniagawati juga adalah satu persatuan yang mempunyai lebih dari satu generasi sebagai ahlinya.

Petang itu juga, tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada ahli jawatankuasa PENIAGAWATI dan juga pengumuman beberapa program akan datang di antaranya ialah program ke Taiwan, Kolaborasi Konsert Amal dan Konference ESG.

Members’ Day PENIAGAWATI ini telah berlangsung pada Khamis, 9 Mei 2024 di Bilik Tanjung, Riverside Café & Restaurant, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Di bawah pimpinan sayap baru ini diharapkan PENIAGAWATI akan terus maju dan memberi manfaat yang lebih baik kepada masyarakat Malaysia yang sentiasa rajin dan berdaya saing seterusnya mencapai wawasan yang telah disarankan oleh pemimpin persatuan.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *