Sat. Apr 27th, 2024

Santai Travel Media

I n s p I r a s I p e r c u t I a n k u

PERMOHONAN TIGA GERAN UTAMA INDUSTRI DIGITAL NEGARA KINI DIBUKA

1 min read

CYBERJAYA, 2 Mei 2023 – Permohonan baharu bagi tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka mulai hari ini sehingga 1 Jun 2023. Inisiatif kerajaan ini diselaraskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
DCG memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital. MDXG pula bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi tempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa manakala MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata pengagihan geran tersebut penting bagi merealisasikan idea pemain industri kreatif dan meningkatkan bakat- bakat tempatan dalam penciptaan kandungan digital. Ini termasuk manfaat hasil
daripada kerjasama di peringkat antarabangsa dan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara. Ekonomi digital Malaysia telah mencapai 22.6 peratus bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2021 dan dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.
Ketiga-tiga geran berkenaan merupakan salah satu resolusi masa depan bagi menyediakan ekosistem industri digital negara yang lebih kondusif dan mampan.
Permohonan terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan pada bulan Jun 2023. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima. Pemohon yang berminat boleh melayari laman web www.mdec.my/grants untuk mendapatkan maklumat lanjut.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *